lifeworksgestaltl1

Isnin, 2 Februari 2015

Case #55 - Kesepian yang kreatif

Betina bercakap tentang ketakutan akan kematian suaminya - terdapat sejarah kematian awal dalam keluarganya, tukang tilik nasib telah memberitahunya bahawa suaminya boleh mati, dan dia selalu berjaga sehingga lewat setiap malam.
Sambil kami bercakap, ia semakin ketara yang isu ini adalah kerana suaminya mengabaikannya-  berjaga lewat setiap malam , minum arak dan berjudi dengan kawan-kawannya; apabila dia pulang ke rumah, suaminya bising dan tidak bertimbang rasa, membangunnya. Dia menghabiskan hanya sedikit masa dengan keluarganya, dan telah kehilangan semua wang keluarga dalam perjudian.
Ini telah berlangsung selama perkahwinan mereka, beberapa dekad. Dengan sistem keluarga yang mempunyai elemen mendera, dan berterusan untuk seketika, terdapat aspek kukuh yang dinamik , yang biasanya berkaitan dengan konteks di Padang.
Pada masa ini, dia berasa marah , tetapi mereka jarang bercakap antara satu sama lain .
Saya menujukan soalan kepadanya, selain daripada perasaan sakit hati jika dia meninggal, kemungkinan dia juga akan berasa lega . Dia bersetuju . Dalam Gestalt kami berminat dengan kedua-dua hujung polariti .
Saya bertanya apa yang dia ingin daripada saya- dia berkata beberapa petunjuk tentang apa yang perlu dibuat.
Dia juga mendedahkan yang ayahnya juga serupa- berjaga lewat malam, berjudi. Itulah petunjuk.
Ia adalah jelas kepada saya bahawa ini adalah satu keadaan yang serius, sudah berakar umbi, dan sangat melemahkan.
Suaminya berceritakan kepada kakaknya, yang kemudiannya mengkritik Betina .
Semasa dia bercakap mengenai ini, dia sedang mencubit dirinya. Jadi saya menjemputnya untuk 'mencubit ' kakak iparnya, dan meletakkan bantal di hadapannya. Dia sangat keberatan, lalu mencubit dirinya lebih kuat. Saya agak mendesak- menegaskan bahawa dia perlu mencuba pada bantal itu- menunjukkan ia adalah 'hanya bantal' dan tidak akan ada kesan. Ini adalah sukar untuknya, tetapi dia tetap menurut, menenggelamkan jarinya ke dalam bantal. Ini adalah apa yang dipanggil 'retroflection dalam Gestalt- lakukan kepada diri sendiri apa yang anda ingin lakukan kepada orang lain .
Saya menjemput dia berkata uga. Tetapi dia kemudiannya mendedahkan yang adik-beradiknya yang lain juga akan masuk campur, dan mengkritiknya.
Jadi saya menghentikan proses itu. Keseluruhan proses mendedahkan ketiadaan kekuatannya, kekurangan sokongan, dan corak di dalam generasi yang mempunyai kualiti-kualiti perhubungan yang mendera. Ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dengan hanya saya memberikan arahan mudah seperti 'hanya jangan melakukannya'. Dan jumlah sokongan yang diperlukan untuk keluar daripada ini adalah besar, dan tidak realistik untuk mencuba di dalam satu sesi- adalah penting untuk mengiktiraf batasan kita sendiri sebagai seorang ahli terapi, dan tidak mencuba untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi harapan palsu.
Jadi saya meningkatkan kesedarannya dengan pergi ke arah yang lain. Saya bertanya padanya, adakah dia merasa semua lelaki mementingkan diri sendiri, tetapi dia berkata tidak. Saya kemudian berkongsi pemikiran saya mengenai lelaki yang saya berasa lelaki agak mementingkan diri sendiri. Dia berkata -  'biarlah ia seada-adanya'. Dengan cara ini, dia melangkah dalam mengambil tanggungjawab, tanpa perlu 'menghadapinya'.
Saya merenungnya, dan memberitahunya yang saya dapat rasa bagaimana tidak berpuas hatinya dia. Ia adalah detik perjumpaan. Saya tidak mahu menyelamatkannya dari tempat itu atau memperbaikinya- sebanyak mungkin tentulah saya ingin melihat kehidupan yang berbeza untuknya.
Saya duduk dengannya di situ. Saya menamakan apa yang saya lihat- satu pengalaman yang juga biasa kepada ibunya. Situasi yang telah berlaku selama beberapa dekad. Situasi yang seolah-olah hanya bertambah teruk. Dalam  satu keadaan yang mana dia telah terperangkap di dalamnya, walaupun mempunyai pengetahuan psikologi.
Menonjolkan sifat kesedihan situasi itu adalah bukan satu cara untuk meremehkannya. Saya tidak mengulas atau menghakimi atau mencadangkan, tetapi hanya mengakui. Dengan cara ini, saya boleh melihatnya, sambil duduk bersamanya, memerhati realiti keadaan ini .
Ini dipanggil 'duduk dengan kekosongan yang kreatif ' dalam Gestalt . Ia tidak kelihatan seperti kreatif, tetapi dengan duduk dengannya, tanpa menjatuhkan diri, atau melarikan diri, idea boleh muncul.
Dia berkata , 'sebenarnya, kami telah lama tidak bercakap, dan saya berasa sedikit lega' . Saya memahaminya-  dan menekankan, bahawa sebenarnya , perkahwinan itu telahlama tamat. Jadi, apa sekarang?
Saya bertanyakan padanya berapa peratuskah harapan untuknya berubah.Saya mengharapkan sesuatu yang sangat rendah. Jika dia berkata sifar , saya akan bekerja dengan beliau tentang bagaimana untuk keluar dari sana .
Tetapi dia mengejutkan saya dengan mengatakan 15%. Ini menunjukkan peluang untuk perkara boleh berubah.
Saya bertanya kepadanya apa yang akan dia libatkan dalam kelakuannya- di sini adalah kemungkinan tindakan yang akan diambil.
Dia berkata bahawa dia boleh mencari jalan untuk menjadi lebih bahagia. Itu adalah baik - penyelesaian subjektif untuk bermula.
Apabila saya bertanyakan lebih, dia berkata dia boleh memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anaknya, tetapi saya mengingatkannya bahawa itulah apa yang dia telah lakukan dalam menghadapi perkahwinan itu.
Dia mengenal pasti beberapa cara lain  yang dia boleh buat untuk menjadi lebih bahagia. Tetapi saya mahu lebih daripada itu - beberapa tindakan objektif yang dia boleh ambil untuk mengubah perhubunganannya.
Dia berkata bahawa suaminya mengadu yang dia tidak pernah membuat sarapan pagi untuknya lagi. Jadi, ini jelas menunjukkan yang dia masih mahu disayangi, tetapi terlepas.
Jadi saya bertanyakan padanya apa 'Quid pro quo' dia boleh meminta, jika dia membuat dia sarapan pagi. Dia berkata , masa dengan keluarga. Ini berbunyi seperti satu permulaan yang baik - tidak terlalu intim, tetapi isyarat sesuatu yang berbeza. Saya bertanya kepadanya untuk menyatakan jumlah kuantiti dan kekerapan yang diingini. Kemudian mencadangkan yang dia boleh menawarkan kepada suaminya untuk membuat sarapan pagi sejumlah masa yang diluangkan.
Saya menggariskan kepadanya bahawa jika dia ingin  mewujudkan hubungan baru daripada abu, ia akan mengambil masa beberapa tahun , dan dia akan memerlukan banyak sokongan dalam proses ini.
Dalam gestalt, kami berpuas hati dengan kepingan yang sedikit - bersepadu - pada satu masa.
Dalam kes ini, sesuatu muncul dari kekosongan, dan ini adalah semua darinya, dan bukan akibat dari jemputan untuk memberitahunya apa yang dia perlu lakukan. ' Arah ' saya adalah untuk menumpukan perhatian pertamanya kepada 'apakah ', dan kemudian , untuk membantunya berdiri dalam rajah yang baru muncul dengan tenaga yang dia sedia ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)