lifeworksgestaltl1

Jumaat, 13 Februari 2015

Case #56 - Gadis kecil yang memerlukan perhatian

Wendy bercakap tentang keinginannya untuk mempunyai pasangan. Dia bercerai, dan menjalankan perniagaan. Dia bercakap tentang bagaimana ketidaksabarannya dengan pekerjanya, dan bagaimana dia sangat tegas, dan tidak pernah menunjukkan kelemahannya. Dia membandingkan ini dengan kesabaran yang dia mengiktirafkan dalam diri saya.
Saya telah membincangkan isu-isu kekuasaan dengannya- keupayaan untuk menjadi tegas dalam perniagaannya dan tepat, keseronokkan terasa berada dalam kawalan, sebagai seorang bos.
Dia kelihatan sangat malu semasa saya bercakap, bermain-main dengan tangannya.. mengingatkan saya mengenai seorang gadis kecil. Saya bertanya kepadanya dia berasa berapa mudakah sewaktu itu- dia berkata 10 tahun, dan saya bertanyakan padanya apa yang berlaku ketika itu.
Saya bertanyakan tentang kesabaran dalam keluarganya. Bapanya telah menamparnya semasa dia masih berumur 10tahun kerana markahnya di sekolah menurun. Malah, bapanya juga kerap memukul adik lelakinya. Tetapi di khalayak ramai, dia adalah seorang yang penuh dengan kesabaran, yang sentiasa mempunyai masa untuk orang ramai.
Saya mengatakan bahawa kesabaran yang dinampaknya dalam diri saya sebagai seorang ahli terapi mungkin membuatkannya berwaspada kerana persoalannya: Adakah saya akan meletup seperti ayahnya?
Dia bersetuju. Wendy berkata isu sebenarnya adalah dia tidak mempunyai kepercayaan pada lelaki. Suami pertamanya juga seorang yang tiada kesabaran dengannya, dia hanya berminat dengan apa yang Wendy boleh lakukan untuknya. Dia berkata dia hanya mahu mencari pasangan yang lain.
Wendy mendedahkan sebab mengapa grednya turun adalah kerana dia berada di sekolah berasrama penuh, dan telah dibuli dengan teruk, dan hina. Ibu bapanya tidak tahu, dan tidak berminat. Dia merasa keseorangan.
Saya duduk dekat dengannya, dan bercakap dengannya, menyedari sensitivitinya, kelemahannya, dan pada usia semuda itu, keperluannya untuk dilihat untuk siapakah dirinya, dan bukan semata-mata sebahagian daripada agenda orang lain. Seseorang yang berminat dalam perjuangan kesusahannya, bukan hanya mencapai gred yang baik.
Dia mula menangis,  lebih menjadi lembut. Saya mengisytiharkan berminat dengannya, tanpa apa-apa agenda yang dia tiada perbezaan dengan orang yang lain. Wendy seolah-olah lapar untuk jenis perhatian ini, dan kami duduk di sana untuk beberapa waktu, sambil saya menggalakkannya untuk menyerap pengalaman ini.
Saya menegaskan bahawa ini adalah sebahagian daripadanya yang memerlukan rawatan, perhatian, dan secara semula jadinya berkembang, sebelum dia  mempunyai teras yang lebih kukuh supaya dia bersedia untuk berada dalam perhubungan yang baru.
Dalam Gestalt kami tidak hanya menangani isu yang dibentangkan oleh pelanggan - apa yang juga penting adalah perkara yang saya sedari sebagai seorang ahli terapi - sesuatu yang mereka mungkin tidak mengetahuinya sama sekali. Lalu, kami akan sepeenuhnya membawa ini ke dalam kesedaran mereka, dan meneroka konteks - selalunya kekeluargaan, tetapi tidak semestinya. Kemudian maklumat Field dikembalikan ke masa kini, dan ke dalam perhubungan yang terapeutik.
Dengan melakukan ini, maka boleh menyediakan dirinya dengan agenda terapeutik yang jelas, proses di mana kami boleh teruskan pada tema asalnya yang dikemukakannya- keinginannya pasangan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)