lifeworksgestaltlogobase

About Me

Foto saya

I teach and practice Gestalt therapy, Career decision coaching, and Family Constellations work. As well as Australia, I teach workshops and training in China, Japan, Korea, the USA & Mexico. I am author of Understanding The Woman In Your Life, a book of advice for men about relationships with women. In my work as director of Lifeworks I provide therapy,  training and supervision. I am a Phd candidate, studying the interpersonal dynamics of power, and am currently director of an MA in Spiritual Psychology for Ryokan College, an accredited online institution based in LA.

Sabtu, 28 Mac 2015

Case #61 - Keselesaan dengan perasaan seksualiti

Linda berumur 33 tahun dan bujang. Dia melaporkan bahawa dia mempunyai banyak kawan-kawan lelaki, tetapi mereka semua hanyalah 'rakan-rakannya' . Mengenai kemungkinan perhubungan romantis di antara mereka, dia mendapati sukar untuk keluar dari perhubungan hanya rakan.
Tujuannya dalam sesi ini adalah untuk menerokai sesuatu yang belum diketahuinya lagi di dalam dirinya.
Saya mula berhubung dengannya, memberitahunya mengenai sifat keterbukaan saya dan minat saya dalam 'benda yang belum diketahui'. Saya mengatakan bahawa kami tidak tahu-menahu mengenai sesama sendiri, jadi memberitahunya saya ingin tahu lebih mengenainya, dan menjemput rasa ingin tahunya mengenai saya. Dalam Gestalt kita bercakap mengenai 'kekreatifan yang senyap' mewakilkan ketidakpastian atau kurang penjelasan. Ini adalah tajuk asas yang boleh mula diterokai, dan dalam melaksanakan Gestalt adalah melibatkan ahli terapi untuk berasa selesa dengan yang perkara yang tidak diketahui.
Dia bercakap mengenai menjadi seorang 'gadis yang baik' dan bagaimana dia mahu ibu bapanya keluar dari keperanan hidupnya. Dia bercakap bagaiman cara mereka telah mencela teman-teman lelakinya, dan bagaimana dia melompat keluar dari tingkap untuk bebas dari pandangan mereka. Dia ingin berkebolehan membuat keputusan dirinya sendiri, dan membina kehidupannya sendiri. Tetapi dia mendapatinya amat sukar .
Dengan mengaitkan semua ini, ia adalah sah mengenai seksualitinya. Sebagai seorang 'gadis yang baik', ini telah menghalangnya untuk menikmati sepenuhnya seksualitinya dengan lelaki, dan disebabkan itu perhubunganan tidak dapat melepasi peringkat hanya kawan... dan dia juga berkata, malah jika mereka mencuba, dia cenderung untuk kembali mejadi hanya rakan lagi.
Jadi cabaran untuknya adalah bagaimana untuk menyokongnya untuk menjadi lebih secara semula jadi dengan keseksualitinya. Saya bertanyakan di dalam dalam kumpulan wanita-wanita itu jika ada sesiapa yang menganggapkan diri mereka sebagai seorang 'gadis yang jahat'. Hanya satu orang(Martina) yang menaikkan tangannya. Saya memintanya untuk bercakap dengan Linda mengenai itu. Dalam Gestalt kami bekerja dengan sokongan, dan dalam mendedahkan keseksualiti mereka, ini adalah amat penting - merasakan dirinya tidak keseorangan, dan ia juga mengurangkan rasa pendedahan, dan merasalan semangat kekitaan- secara dasarnya menjauhkan diri seseorang dari alam kemaluan.
Martina berkongsi bahawa kepadanya bukanlah khususnya mengenai gadis yang baik atau jahat, tetapi menjauhkan diri daripada definisi orang lain yang baik dan jahat, dan memahami apa sebenarnya yang dia mahu, atau apa yang sesuai untuk dirinya .
Jadi saya kembali bertanyakan pada Linda, apa yang dia rasa. Dia berkata dia secara amnya tidak berhubung dengan badannya, jadi itulah sukar untuknya tahu apa yang dia rasa atau mahu. Jelas sekali, ini adalah penghalang kepadanya untuk memahami keseksualitinya!
Jadi dengan berhati-hati saya menjemputnya untuk melakukan satu eksperimen, memberikannya banyak pilihan dalam penglibatan, dan kemampuan untuk berhenti jika dia mahu. Saya juga menjelaskan sempadan eksperimen itu: dimana ini hanya boleh dilakukan dalam kumpulan itu, dan orang yang menyertai eksperimen itu hanyalah semata-mata untuk menyokongnya. Ia adalah sangat penting untuk menetapkan dan meletakkan sempadan apabila berkaitan dengan bidang seksualiti.
Saya menyuruhnya untuk memilih seorang lelaki yang dia paling tertarik di dalam kumpulan itu.
Saya meletakkan mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain. Saya bertanyakan kepada Linda apa yang dia rasa. Sedikit gementar, tetapi itu sahaja. Kemudian saya memintanya untuk bernafas, mengerakkan tenaga didalam tubuhnya, sambil merenungnya. Dia melakukan ini, tetapi sejurus selepas itu berkata 'dia tidak lagi kelihatan menarik pada saya. Dia telah melakukan penukaran 'rakan' - mengembalikan tenaga seksualitinya, jadi saya menekankan isu itu kepadanya, dan bertanyakan padanya jika dia benar-benar sanggup untuk melangkah ke alam yang tidak diketahui. Di sini saya menggunakan niat asalnya sebagai sokongan untuk membantunya mengambil risiko. Hakikatnya yang dia telaha mengatakan mengenai ini mencadangkan pada saya yang kemungkinan dia telah bersedia untuk menghadapi situasi itu.
Dia bersetuju, jadi saya memintanya untuk mengawal pernafasan, sambil merenung lelaki itu, dan merasakan perasaan kenikmatan di dalam tubuhnya. Pada mulanya hanya sedikit . Tetapi selepas beberapa waktu, dia berasa keseronokan di bahagian atas badannya. Saya terus menggalakkannya, dan mengarakannya untuk meneruskan pernafasannya. Selepas beberapa ketika, dia membenarkan dirinya untuk merasai kenikmatan yang bergerak ke bawah, ke bahagian perutnya dan lebih bawah lagi hingga sedikit ke pinggulnya.
Teman eksperimennya memberi beberapa maklumbalas tentang perubahan yang dirasainya dalam proses itu, dan kemudiannya kami berbincang mengenai itu untuk seketika.
Ini adalah satu langkah yang besar untuknya, kerana dia tidak pernah dapat merasai tenaga seperti ini dalam kesedarannya, di dalam tubuhnya di luaran dari seks sebenar. Dia tidak menyedari kuasanya, bagaimana untuk mengawalnya di dalam, kekal dengannya , atau membawanya ke dalam perhubungan dengan seorang lelaki.
Bekerja dengan seksualiti adalah satu arena yang berat dan mencabar dalam psikoterapi . Pada masa tertentu ia boleh dianggap sebagai penyalahgunaan melainkan ahli terapi itu menjelaskan mengenai sempadan mereka .
Walau bagaimanapun , adalah penting untuk tidak menjauhkan diri daripadanyanya juga, kerana seseorang memerlukan sokongan , dan mereka tidak berkemungkinan untuk mendapatkannya dari mana-mana sahaja.
Eksperimen ini telah direka dengan teliti untuk memindahkannya ke alam 'yang tidak diketahui ', namun dengan sokongan yang banyak, dan pada kadar kelajuan yang yang sesuai untuk dirinya.
Kami boleh bekerja dengan 'kemestian' dengan ibu bapanya , tetapi dia sebenarnya telah bersedia untuk satu pengalaman yang baru, dan penat ketinggalan, jadi dia sanggup untuk mencabari dirinya.
Kebanyakkan orang menghalangi kesedaran diri mereka; kecenderungan seksualiti merupakan satu-satunya arena yang dihalang apabila ada sesuatu di dalam diri seseoang terhalang. Kadang-kadang ini adalah disebabkan oleh trauma, tetapi pada masa yang ia adalah disebabkan oleh situasi sosial/keluarga yang tidak menggalakkan perasaan seksualiti itu.
Dalam usaha untuk memulihkan perasaan ini , terapi Gestalt tidak mensasarkan pada ' percuma untuk semua ' seksualiti, tetapi membenarkan keseronokan seksual secara semula jadi dalam mengambil dalam kewujudan kita - tidak dominan , dan juga ditindas.

Rabu, 18 Mac 2015

Case #60 - Kebencian dan Mencintai

Jeremy dan Mirada - sepasang suami isteri - melakukan senaman yang melibatkan penolakkan tangan sesama sendiri, untuk berhubung dengan pencerobohan mereka.
Mirada menjadi sangat kecewa selepas latihan itu. Dia bercakap tentang perasaan marahnya dalam perhubungan, dan terperangkap dalam corak Jeremy. Apabila ada sesuatu yang penting untuknya, Jeremy akan berjenaka dan ketawakannya. Dia mengerami keadaan ini, dan tidak berasa keinginannya tidak ditemui langsung.
Jadi saya yang menghadapkan mereka antara satu sama lain, dan menjemputnya untuk memberitahu Trevor yang 'Saya membenci anda sekarang .
Ini sebenarnya satu kenyataan yang sangat peribadi dan mendalam, dari sudut pandangan Gestalt. Ia tidak menyalahkan orang lain, bercakap tentang diri sendiri, dan adalah jelas dan bersih.
Dia berbuat sedemikian, dan dia pecah dalam gelak ketawa.
Manakala pada masa yang lain, ini boleh menjadi jemputan untuk keseronokkan bersama, namun dalam konteks ungkapan langsung dan kepentingan perasaan, ia boleh dialami sebagai diperkecil-kecilkan, atau apa yang kita kenali dalam Gestalt sebagai 'pesongan'.
Jenaka Jeremy bertopengkan asas ketidakselesaan dengan kemarahan Mirada, dan ini telah mengatasi dalam ketiadaan di tempat itu.
Jadi saya menyokongnya dengan membantunya dengan bernafas melalui perutnya, merehatkan rahangnya, dan menggalakkannya dengan menawarkan kesefahaman bagaimana sukarnya untuk Jeremy untuk bersama dengan Mirada di tempat itu.
Dia mendapati adalah amat sukar untuk dia berada di situ, dan setiap kali dia ketawa, Mirada menjadi lebih marah, ini menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku dalam hubungan mereka.
Dengan sokongan yang banyak dan galakan daripada saya, dia mampu untuk berada di situ dan kekal serius ;kemudian saya menggalakkan Mirada untuk memberitahu Jeremy secara langsung, dan berkali-kali kenyataan, 'Saya membenci anda sekarang' . Mirada mengatakan ini dengan kekuatan, selama beberapa minit. Apabila dia merasakan bahawa keingininya telah cukup ditemui di tempat itu, dan berjaya menyatakan dirinya sepenuhnya, dia menjadi lembut, dan memberitahu Jeremy yang dia takut jika dia menunjukkan kemarahan kepadanya, Jeremy akan meninggalkan dia.
Saya mengundang Jeremy untuk meyakinkan Mirada bahawa ini bukanlah kes itu. Dia mula memberitahukannya yang dia juga berasa tidak selamat yang mana Mirada akan meninggalkannya, tetapi saya menghentikannya- Mirada sebenarnya belum selesai bercakap lagi , dan belum mempunyai ruang untuk mendengarnya.
Mirada mula berasa tenang, dan kemudian mula memberitahu Jeremy betapa dia mengasihinya.
Kemudiannya dia berkemampuan untuk bercakap dengan Mirada mengenai perasaannya. Hubungan di antara mereka adalah kuat, dalam, boleh dirasai.
Dalam Gestalt kami berminat dalam menyokong perhubungan yang sahih dan jelas. Apabila ini dicapai , segala-galanya lancar dari itu. Untuk berbuat demikian, seseorang memerlukan sokongan emosi, arahan yang mahir, dan pembendungan .

Selasa, 10 Mac 2015

Case #59 - Keinginan untuk perjumpaan

Selepas proses berkumpulan Trevor mendapat berhubung dengan beberapa kesedihan yang mendalam.
Saya telah memberikan latihan dalam kumpulan untuk secara kreatifnya meneroka pencerobohan. Peserta menghadapi antara satu sama lain , dan menolak antara satu sama lain dengan tangan mereka. Arahan ini adalah untuk memenuhi kedudukan yang sama, dimana bermakna orang yang lebih kuat perlu memodulasi diri mereka sendiri.
Trevor adalah yang terkuat dalam kumpulan itu. Dalam melakukan ini dengan lelaki lain, dia menjadi lebih berdaya saingan, dan menolak lebih kuat, mennyebabkan orang yang satu lagi tersandung ke belakang.
Selepas itu, saya mengatakan kepadanya bahawa jemputan saya adalah untuk mencari jalan untuk perjumpaan, dan bukanlah untuk menguasai.
Dia kelihatan sedih. Saya mengakui itu, kerana kekuatannya, dia jarang memenuhi keinginannya dalam kehidupan. Ini bergema dengan Trevor , dan menyentuhnya secara mendalam.
Saya bertanyakan padanya apa yang dia rasa - marah di tangannya , kesedihan di dalam hatinya.
Jadi saya mencadangkan eksperimen - kami berdiri, dia menolak saya dengan tangannya, dan berasa marah di tangannya . Kemudian saya menghentikannya, dan menjemputnya untuk merasai kesedihan dalam hatinya, sambil saya memelukinya. Kami mengulangi itu beberapa kali.
Ini membolehkannya berasa dipenuhi dalam kedua-dua cara. Sambil kami melakukan ini, dia memanggil ' papa ' ... jelaslah ini berkaitan dengan hubungannya dengan bapanya. Bagaimanapun kami tidak perlu mendalaminya pada peringkat ini, kerana tumpuan adalah pada perjumpaan interpersonal pada masa ini, dan pengalaman yang penuh dengan perasaan.
Dia berkata 'Saya telah mencari-cari seorang guru selama ini.' Saya mencadangkan bahawa sebenarnya, dia sedang mencari untuk dipenuhi. Ini dinamakan dinamik dengan cara yang dia boleh memeberikan beberapa input, dan bukannya bergantung pada saya membekalkan kepenuhan itu.
Kami berpelukan. Dia mengangkat saya dari tanah. Kemudian saya mengangkatnya dari tanah. Dia menyambar saya dan memutarkan saya beberapa kali. Saya melakukan perkara yang sama kepadanya.
Dia berasa amat berpuas hati- perjumpaan yang telah lama dinantikannya.
Sudah tentu, ahli terapi yanglain mungkin tidak dapat bertemu secara fizikal dengan cara ini, namun, selalunya bermungkinan untuk mencari jalan untuk dipenuhi - ini adalah intipati Gestalt .

Khamis, 5 Mac 2015

Case #58 - Bila perkataan sudah terlepas

Apabila seseorang menimbulkan banyak isu-isu, kita perlu berfikiran  terbuka mengenainya, mencari apa yang kami panggil sesuatu 'perumpamaan' dalam Gestalt - topik tertentu yang mempunyai tenaga yang terkini .
Apa yang menjadi fokus pada Trevor adalah berkaitan dengan kehidupannya sekarang. Dia mempunyai kepercayaan rohani yang kuat, dan pada masa lalu pernah terfikirkan ingin menjadi seorang sami. Pada masa ini, dia berada dalam perkahwinan yang kedua, dengan seorang anak, dan amat komited kepadanya.
Walau bagaimanapun, dia selalu resah. Kekutuban lain yang muncul dalam kehidupan keluarganya adalah 'gunung itu' . Sambil kami menerokai ini, ia menjadi jelas bahawa mereka mewakili panggilan alam, kehidupan biasa, memeluk sepohon pokok, berasa berhubung dengan bumi, masa untuk amalan rohani.
Dalam Gestalt kami amat berminat dengan polariti, terutamanya apabila mereka 'berpecah' . Kami bekerja dengan meningkatkan kesedaran dan pemilikan kedua-dua pihak.
Jadi saya menerokai perasaannya pada kedua-dua belah pihak - hidup keluarganya, dan panggilan gunung itu. Dia menerima pilihannya untuk memulakan keluarga yang lain , namun dia terus-menerus berasa tidak puas hati, resah.
Ia menjadi jelas bahawa dia belum berdamai sepenuhnya dengan dirinya dengan kehidupan yang dipilihnya- dia hanyalah sebahagian dalamnya, dan sebahagian lagi hatinya dengan mimpi yang lain.
Saya menghabiskan masa dengan dia, menyatakan kepadanya betapa saya memahami keinginannya, dan telah mengalami versi saya yang tersendiri pada masa lalu. Kenyataan seumpama ini adalah penting dalam Gestalt - bukan sebagai teknik empati, tetapi sebagai kenyataan yang tulen dalam perkongsian kemanusiaan.
Saya berkongsi tentang perasaan saya sendiri mengenai kerohanian, alam semula jadi, kehidupan kekeluargaan, kehilangan imej saya untuk menjadi seorang sami. Kami berasa sedih dalam diam dalam untuk beberapa minit. Tiada apa-apa yang perlu dikatakan. Saya tidak dapat membantunya; dia telah membuat pilihannya, dan inilah akibatnya. Ia bukanlah baik mahupun buruk. Ia adalah kedua-duanya; menyakitkan dan menyeronokkan. Kerugian dan keuntungan. Tiada jalan penyelesaian, tiada masalah untuk diselesaikan, tiada penterjemahan yang mendalam untuk berkomunikasi.
Hanya pemahaman.
Kemudian , sesuatu beralih dalam diam untuk kami berdua.
Dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Itu sudah mencukupi.
Ada kalanya dalam terapi kita bercakap, membantu, menerokai. Dan ada kalanya  kita hanya menerima dengan apa yang sedia ada. Untuk menemani seseorang itu dimana tiada jalan penyelesaian;konklusi.
Pengalaman itu adalah secara emosinya adalah mendalam, dan kami berdua terasa amat terharu. Trevor merasakan amat difahami dan dipenuhi.

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

I publish this blog twice a week. It is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)