lifeworksgestaltl1

Jumaat, 20 Februari 2015

Case #57 - Jemputan ke konspirasi

Sebaik sahaja Annabelle mula bercakap saya berasa kurang selesa. Dia jelas ingin memberitahunya 'ceritanya' , bagaimana dia telah berlaku dipersalahkan dalam pelbagai cara, bagaimana dia telah cuba untuk membantu yang lain dalam keluarganya, dan lain-lain. Saya mendapati diri saya rasa kurang kesabaran, dan tidak mahu mendengarkan ceritanya. Saya dapat melihat yang dia hanya berterusan bercakap, mengisi seluruh ruang, tanpa membenarkan sebarang input- dia seolah-olah hanya ingin mengadu.
Selepas beberapa ketika, dia akan bertanyakan pada saya satu soalan yang berkaitan dengan kisahnya. Tetapi sekali lagi , saya merasa tidak selesa, kerana dia seolah-olah mempunyai banyak soalan.. tetapi ia membuatkan saya seperti seorang pakar untuk menyelesaikan situasi itu .
Bagaimanapun, saya tidak berkata apa-apa mengenai perasaan saya. Saya berbicara dengan dia, tetapi enggan menjawab semua soalannya, malah memintanya untuk menjadikan ayat-ayat itu sebagai satu kenyataan.
Ini adalah satu arah yang am dalam Gestalt , kerana selalunya soalan adalah cara mengelakkan tanggungjawab, atau kemunculan dalam perhubungan . Kenyataan membolehkan seseorang untuk menerima siapakah diri mereka sendiri, apa yang mereka rasa, dan mahu, dengan cara yang lebih langsung .
Saya tidak berkata apa-apa , kerana saya dapat merasakan tindak balas saya sendiri, dan saya mahu memahami diri saya lebih di tempat itu. Saya duduk dengan perasaan saya sendiri, dan dapat mengaitkan dengan pengalaman saya .
Setiap kali Annabelle bercakap, ia adalah dengan cara yang sama, dan ini membuatkan saya mempunyai reaksi yang sama, termasuk memintanya untuk membuat kenyataan. Sebanyak ini yang saya boleh lakukan untuk mengganggu corak itu, dan saya tidak mahu ditarik ke dalam peranan yang dia menawarkan pada saya- orang yang hebat dan bijaksana.
Ini bagaimanapun cukup untuk membuatkannya tertanya-tanya. Meletakkannya ke dalam pengalamannya sendiri memberikannya pengalaman yang berbeza, dan kerana saya melakukannya dengan cara yang neutral, dia dapat mula merasakan perasaannya sedikit demi sedikit.
Saya membincangkan mengenai kesahihan . Tiba-tiba dia berkata - 'Saya mahukan beberapa maklum balas yang jujur ​​daripada anda, bagaimanakah pendapat anda mengenai saya?'
Saya menarik nafas , kerana ini adalah pembukaan untuk mendalami perhubungan itu, tetapi saya juga perlu meneruskan dengan berhati-hati kerana saya menyedari sensitiviti yang juga ada berkaitan dengan soalan itu. Soalan ini saya bersedia untuk melibatkan diri, kerana saya menilainya sebagai soalan yang lebih sahih.
Kerana saya telah duduk dengan pengalaman saya sendiri untuk beberapa ketika dengannya, saya dapat menamakan sesuatu , bukan secara langsung mengenainya, tetapi mengenai pengalaman saya sendiri.
Saya berkata- 'apabila anda bercakap, saya berasa dijemput untuk menjadi konspirasi ... saya tertarik untuk bersedia untuk bersetuju dengan anda, untuk mengesahkan pandangan anda mengenai keluarga anda dan bagaimana anda telah dilayan. Saya berasa tidak selesa dengan itu, kerana saya tidak mahu menolak kamu, dan tidak juga mahu menyertai anda.'
Ini dinamakan pengalaman yang tersendiri saya yang sahih dengan cara yang meninggalkan bilik itu untuk mencari dirinya sebagai satu tindak balas. Ia adalah percubaan saya dalam kenyataan yang tidak malu- adalah amat penting dalam memberikan maklum balas.
Annabelle tersenyum lebar. Dia berkata- 'terima kasih. Orang lain juga ada katakan ini kepada saya, tetapi tidaklah sebegitu jelas seperti anda. Saya tahu tentang apa yang anda bercakap. Saya terasa seakan-akan saya cuba untuk mendapatkan orang ramai di pihak saya.'
Kami kemudiannya mengadakan dialog yang sahih. Saya mengatakan bahawa terdapat bahagian yang lain untuk menjadi seseorang yang konspirasi- yang boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, sebagai kanak-kanak boleh bermain dengannya. Kami menerokai beberapa aspek lagi, dan Annabelle kelihatan santai, begitu juga saya! Perubahan jelas kelihatan dalam pengalaman saya ... selepas dapat menamakan pengalaman itu. Dia berasa dilihat .
Ini adalah 'I-thou' hubungan yang kami mencari di Gestalt , dan merupakan asas bagi mendalami perhubunganan ini....

Jumaat, 13 Februari 2015

Case #56 - Gadis kecil yang memerlukan perhatian

Wendy bercakap tentang keinginannya untuk mempunyai pasangan. Dia bercerai, dan menjalankan perniagaan. Dia bercakap tentang bagaimana ketidaksabarannya dengan pekerjanya, dan bagaimana dia sangat tegas, dan tidak pernah menunjukkan kelemahannya. Dia membandingkan ini dengan kesabaran yang dia mengiktirafkan dalam diri saya.
Saya telah membincangkan isu-isu kekuasaan dengannya- keupayaan untuk menjadi tegas dalam perniagaannya dan tepat, keseronokkan terasa berada dalam kawalan, sebagai seorang bos.
Dia kelihatan sangat malu semasa saya bercakap, bermain-main dengan tangannya.. mengingatkan saya mengenai seorang gadis kecil. Saya bertanya kepadanya dia berasa berapa mudakah sewaktu itu- dia berkata 10 tahun, dan saya bertanyakan padanya apa yang berlaku ketika itu.
Saya bertanyakan tentang kesabaran dalam keluarganya. Bapanya telah menamparnya semasa dia masih berumur 10tahun kerana markahnya di sekolah menurun. Malah, bapanya juga kerap memukul adik lelakinya. Tetapi di khalayak ramai, dia adalah seorang yang penuh dengan kesabaran, yang sentiasa mempunyai masa untuk orang ramai.
Saya mengatakan bahawa kesabaran yang dinampaknya dalam diri saya sebagai seorang ahli terapi mungkin membuatkannya berwaspada kerana persoalannya: Adakah saya akan meletup seperti ayahnya?
Dia bersetuju. Wendy berkata isu sebenarnya adalah dia tidak mempunyai kepercayaan pada lelaki. Suami pertamanya juga seorang yang tiada kesabaran dengannya, dia hanya berminat dengan apa yang Wendy boleh lakukan untuknya. Dia berkata dia hanya mahu mencari pasangan yang lain.
Wendy mendedahkan sebab mengapa grednya turun adalah kerana dia berada di sekolah berasrama penuh, dan telah dibuli dengan teruk, dan hina. Ibu bapanya tidak tahu, dan tidak berminat. Dia merasa keseorangan.
Saya duduk dekat dengannya, dan bercakap dengannya, menyedari sensitivitinya, kelemahannya, dan pada usia semuda itu, keperluannya untuk dilihat untuk siapakah dirinya, dan bukan semata-mata sebahagian daripada agenda orang lain. Seseorang yang berminat dalam perjuangan kesusahannya, bukan hanya mencapai gred yang baik.
Dia mula menangis,  lebih menjadi lembut. Saya mengisytiharkan berminat dengannya, tanpa apa-apa agenda yang dia tiada perbezaan dengan orang yang lain. Wendy seolah-olah lapar untuk jenis perhatian ini, dan kami duduk di sana untuk beberapa waktu, sambil saya menggalakkannya untuk menyerap pengalaman ini.
Saya menegaskan bahawa ini adalah sebahagian daripadanya yang memerlukan rawatan, perhatian, dan secara semula jadinya berkembang, sebelum dia  mempunyai teras yang lebih kukuh supaya dia bersedia untuk berada dalam perhubungan yang baru.
Dalam Gestalt kami tidak hanya menangani isu yang dibentangkan oleh pelanggan - apa yang juga penting adalah perkara yang saya sedari sebagai seorang ahli terapi - sesuatu yang mereka mungkin tidak mengetahuinya sama sekali. Lalu, kami akan sepeenuhnya membawa ini ke dalam kesedaran mereka, dan meneroka konteks - selalunya kekeluargaan, tetapi tidak semestinya. Kemudian maklumat Field dikembalikan ke masa kini, dan ke dalam perhubungan yang terapeutik.
Dengan melakukan ini, maka boleh menyediakan dirinya dengan agenda terapeutik yang jelas, proses di mana kami boleh teruskan pada tema asalnya yang dikemukakannya- keinginannya pasangan yang lain.

Isnin, 2 Februari 2015

Case #55 - Kesepian yang kreatif

Betina bercakap tentang ketakutan akan kematian suaminya - terdapat sejarah kematian awal dalam keluarganya, tukang tilik nasib telah memberitahunya bahawa suaminya boleh mati, dan dia selalu berjaga sehingga lewat setiap malam.
Sambil kami bercakap, ia semakin ketara yang isu ini adalah kerana suaminya mengabaikannya-  berjaga lewat setiap malam , minum arak dan berjudi dengan kawan-kawannya; apabila dia pulang ke rumah, suaminya bising dan tidak bertimbang rasa, membangunnya. Dia menghabiskan hanya sedikit masa dengan keluarganya, dan telah kehilangan semua wang keluarga dalam perjudian.
Ini telah berlangsung selama perkahwinan mereka, beberapa dekad. Dengan sistem keluarga yang mempunyai elemen mendera, dan berterusan untuk seketika, terdapat aspek kukuh yang dinamik , yang biasanya berkaitan dengan konteks di Padang.
Pada masa ini, dia berasa marah , tetapi mereka jarang bercakap antara satu sama lain .
Saya menujukan soalan kepadanya, selain daripada perasaan sakit hati jika dia meninggal, kemungkinan dia juga akan berasa lega . Dia bersetuju . Dalam Gestalt kami berminat dengan kedua-dua hujung polariti .
Saya bertanya apa yang dia ingin daripada saya- dia berkata beberapa petunjuk tentang apa yang perlu dibuat.
Dia juga mendedahkan yang ayahnya juga serupa- berjaga lewat malam, berjudi. Itulah petunjuk.
Ia adalah jelas kepada saya bahawa ini adalah satu keadaan yang serius, sudah berakar umbi, dan sangat melemahkan.
Suaminya berceritakan kepada kakaknya, yang kemudiannya mengkritik Betina .
Semasa dia bercakap mengenai ini, dia sedang mencubit dirinya. Jadi saya menjemputnya untuk 'mencubit ' kakak iparnya, dan meletakkan bantal di hadapannya. Dia sangat keberatan, lalu mencubit dirinya lebih kuat. Saya agak mendesak- menegaskan bahawa dia perlu mencuba pada bantal itu- menunjukkan ia adalah 'hanya bantal' dan tidak akan ada kesan. Ini adalah sukar untuknya, tetapi dia tetap menurut, menenggelamkan jarinya ke dalam bantal. Ini adalah apa yang dipanggil 'retroflection dalam Gestalt- lakukan kepada diri sendiri apa yang anda ingin lakukan kepada orang lain .
Saya menjemput dia berkata uga. Tetapi dia kemudiannya mendedahkan yang adik-beradiknya yang lain juga akan masuk campur, dan mengkritiknya.
Jadi saya menghentikan proses itu. Keseluruhan proses mendedahkan ketiadaan kekuatannya, kekurangan sokongan, dan corak di dalam generasi yang mempunyai kualiti-kualiti perhubungan yang mendera. Ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dengan hanya saya memberikan arahan mudah seperti 'hanya jangan melakukannya'. Dan jumlah sokongan yang diperlukan untuk keluar daripada ini adalah besar, dan tidak realistik untuk mencuba di dalam satu sesi- adalah penting untuk mengiktiraf batasan kita sendiri sebagai seorang ahli terapi, dan tidak mencuba untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi harapan palsu.
Jadi saya meningkatkan kesedarannya dengan pergi ke arah yang lain. Saya bertanya padanya, adakah dia merasa semua lelaki mementingkan diri sendiri, tetapi dia berkata tidak. Saya kemudian berkongsi pemikiran saya mengenai lelaki yang saya berasa lelaki agak mementingkan diri sendiri. Dia berkata -  'biarlah ia seada-adanya'. Dengan cara ini, dia melangkah dalam mengambil tanggungjawab, tanpa perlu 'menghadapinya'.
Saya merenungnya, dan memberitahunya yang saya dapat rasa bagaimana tidak berpuas hatinya dia. Ia adalah detik perjumpaan. Saya tidak mahu menyelamatkannya dari tempat itu atau memperbaikinya- sebanyak mungkin tentulah saya ingin melihat kehidupan yang berbeza untuknya.
Saya duduk dengannya di situ. Saya menamakan apa yang saya lihat- satu pengalaman yang juga biasa kepada ibunya. Situasi yang telah berlaku selama beberapa dekad. Situasi yang seolah-olah hanya bertambah teruk. Dalam  satu keadaan yang mana dia telah terperangkap di dalamnya, walaupun mempunyai pengetahuan psikologi.
Menonjolkan sifat kesedihan situasi itu adalah bukan satu cara untuk meremehkannya. Saya tidak mengulas atau menghakimi atau mencadangkan, tetapi hanya mengakui. Dengan cara ini, saya boleh melihatnya, sambil duduk bersamanya, memerhati realiti keadaan ini .
Ini dipanggil 'duduk dengan kekosongan yang kreatif ' dalam Gestalt . Ia tidak kelihatan seperti kreatif, tetapi dengan duduk dengannya, tanpa menjatuhkan diri, atau melarikan diri, idea boleh muncul.
Dia berkata , 'sebenarnya, kami telah lama tidak bercakap, dan saya berasa sedikit lega' . Saya memahaminya-  dan menekankan, bahawa sebenarnya , perkahwinan itu telahlama tamat. Jadi, apa sekarang?
Saya bertanyakan padanya berapa peratuskah harapan untuknya berubah.Saya mengharapkan sesuatu yang sangat rendah. Jika dia berkata sifar , saya akan bekerja dengan beliau tentang bagaimana untuk keluar dari sana .
Tetapi dia mengejutkan saya dengan mengatakan 15%. Ini menunjukkan peluang untuk perkara boleh berubah.
Saya bertanya kepadanya apa yang akan dia libatkan dalam kelakuannya- di sini adalah kemungkinan tindakan yang akan diambil.
Dia berkata bahawa dia boleh mencari jalan untuk menjadi lebih bahagia. Itu adalah baik - penyelesaian subjektif untuk bermula.
Apabila saya bertanyakan lebih, dia berkata dia boleh memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anaknya, tetapi saya mengingatkannya bahawa itulah apa yang dia telah lakukan dalam menghadapi perkahwinan itu.
Dia mengenal pasti beberapa cara lain  yang dia boleh buat untuk menjadi lebih bahagia. Tetapi saya mahu lebih daripada itu - beberapa tindakan objektif yang dia boleh ambil untuk mengubah perhubunganannya.
Dia berkata bahawa suaminya mengadu yang dia tidak pernah membuat sarapan pagi untuknya lagi. Jadi, ini jelas menunjukkan yang dia masih mahu disayangi, tetapi terlepas.
Jadi saya bertanyakan padanya apa 'Quid pro quo' dia boleh meminta, jika dia membuat dia sarapan pagi. Dia berkata , masa dengan keluarga. Ini berbunyi seperti satu permulaan yang baik - tidak terlalu intim, tetapi isyarat sesuatu yang berbeza. Saya bertanya kepadanya untuk menyatakan jumlah kuantiti dan kekerapan yang diingini. Kemudian mencadangkan yang dia boleh menawarkan kepada suaminya untuk membuat sarapan pagi sejumlah masa yang diluangkan.
Saya menggariskan kepadanya bahawa jika dia ingin  mewujudkan hubungan baru daripada abu, ia akan mengambil masa beberapa tahun , dan dia akan memerlukan banyak sokongan dalam proses ini.
Dalam gestalt, kami berpuas hati dengan kepingan yang sedikit - bersepadu - pada satu masa.
Dalam kes ini, sesuatu muncul dari kekosongan, dan ini adalah semua darinya, dan bukan akibat dari jemputan untuk memberitahunya apa yang dia perlu lakukan. ' Arah ' saya adalah untuk menumpukan perhatian pertamanya kepada 'apakah ', dan kemudian , untuk membantunya berdiri dalam rajah yang baru muncul dengan tenaga yang dia sedia ada.

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)