lifeworksgestaltlogobase

About Me

Foto saya

I teach and practice Gestalt therapy, Career decision coaching, and Family Constellations work. As well as Australia, I teach workshops and training in China, Japan, Korea, the USA & Mexico. I am author of Understanding The Woman In Your Life, a book of advice for men about relationships with women. In my work as director of Lifeworks I provide therapy,  training and supervision. I am a Phd candidate, studying the interpersonal dynamics of power, and am currently director of an MA in Spiritual Psychology for Ryokan College, an accredited online institution based in LA.

Rabu, 24 Disember 2014

Case #51 - Berhadapan dengan hantu

Leanne bercakap tentang perasaan ketakutan. Dia takut pada lipas, dengan mudah boleh terkejut, dan pada waktu malam kadang-kadang sukar untuk tidur, takut pencuri datang masuk dari tingkap, atau hantu, atau 'raksasa'. Beliau juga menakuti raksasa apabila dia berada di dalam bot.
Selain daripada perkara lain, ini kedengaran seperti agak keanak-kanakan, jadi saya bertanya padanya apa yang berlaku kepadanya yang membuatkannya ketakutan sebagai seorang kanak-kanak.
Dia segera mengaitkan kejadian yang berlaku ketika dia berumur 6 tahun. Seorang budak lelaki, seorang daripada rakan rapatnya, meninggal dunia lemas dalam air. Hanya selepas beberapa jam dia ditemui. Budak lelaki itu telah dibawa balik ke rumahnya, dan keluarga budak lelaki itu menegaskan  bapa Leanne, seorang doktor, cuba untuk memulihkan dia. Dia tidak berjaya.
Pada malam itu hujan dan guruh gemuruh, dan dia tidur dalam perasaan ketakutan. Kemudian dia mengalami mimpi ngeri, di mana dia dipaksa untuk menyelamatkan  budak lelaki itu, tetapi dia tidak dapat. Dia berfikirkan mengenai budak lelaki sepanjang dia membesar, dan masih lagi penuh dengan kesedihan mengenai perkara itu.
Jadi, ini menjelaskan 'hantu' siapakah yang ditakutinya.
Saya mencadangkan yang untuk menghadapinya sebagai satu eksperimen yang perlu- menggunakan drama pada masa kini, keamatan ketakutannya, dan peluang terkini untuk menangani semua ketakutan ini secara langsung.
Jadi saya mencadangkan bahawa saya berdiri di sebelahnya, menghadapi tingkap yang terbuka, dan kumpulan yang berdiri di belakangnya sebagai sokongan. Kemudiannya dia akan menjemput hantu rakan mudanya yang meninggal dunia, untuk datang ke dalam bilik itu di hadapannya.
Dia berbuat demikian, tetapi dia mengigil seolah-olah dedaun. Saya membiarkan dia bersandar pada saya, memegang dia rapat, dengan kumpulannya berdekatan di belakangnya. Saya mengarahkannya bercakap dengan 'hantu' itu, memberitahunya apa yang dia rasa, apa yang dia telah lalui, dan bagaimana dia amat merinduinya.
Dia berbuat demikian, walaupun ia amatlah sukar untukknya. Dia melaporkan ingin bersamanya, di alam yang lain.
Saya bertanyakan kepadanya bagaimana 'hantu' itu menjawab, dan dia berkata dia tidak mahu sebegitu. Ini adalah penting untuknya menerima; walaupun demikian Leanne masih ada sisa kerinduan dalam dirinya mengenai kematian rakannya itu dan keinginan untuk rapat dengannya.
Jadi saya menyokong Leanne untuk berdialog lagi dengannya, memberitahu kebenaran bagaimana dia berasa, dan mendengar jawapannya.
Saya terpaksa menyokongnya melalui ketakutan dan kesedihannya. Saya mengarahkannya untuk bernafas dengan perutnya, hingga ke kakinya.
Dalam Gestalt kami bekerja dengan asas dan juga pernafasan, untuk membantu orang kekal pada masa sekarang dengan pengalaman mereka besertakan dengan intensiti emosi mereka. Selalunya mereka tidak menerima sokongan seperti itu, terutamanya ketika muda, jadi ini membolehkan mereka untuk berhubung dengan pengalaman yang lalu yang amat mengacau diri mereka, dengan kata lain pada masa kini boleh diproseskan.
Ia adalah amat sukar untuk dia tinggal dalam masa kini- dia telah menghabiskan 30 tahunnya hidup dalam ketakutan, dan bernafas hanya di permukaan.. yang akan kemudiannya telah mengukuhkan ketakutannya. Jadi adalah amat sukar untuk dia bernafas begitu mendalam, dan dia memerlukan banyak sokongan dan arahan daripada saya.
Selepas beberapa ketika, dia menjadi sangat tenang, mampu untuk melepaskan hantu itu pergi, dan sepenuhnya kembali kepada dirinya sendiri, Dia berasa lebih di dalam tubuhnya dari apa yang dia ingati, dan semua kesan ketakutan telah hilang.

Isnin, 15 Disember 2014

Case #50 - Bercakap dengan bantal: mengenai sokongan

Mark membahaskan beberapa topik, tetapi tidak satu pun mempunyai perkaitan. Keadaan kerjanya adalah dalam peralihan - sebelum ini dia bekerja dengan bapanya, tetapi berpindah dari itu. Dia mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti perniagaan , tetapi tidak satupun menghasilkan wang yang mencukupi. Dia telah berkahwin selama tiga tahun, dan bersedia untuk seorang bayi. Saya membuat pelbagai komen dan pemerhatian - tona suaranya misalnya.
Tiada apa-apa yang  muncul sebagai ' isu '. Jadi saya menanyakan mengenai perkahwinannya. Dia melaporkan ianya baik, dan dia gembira .
Walaupun ini adalah satu petunjuk yang umumnya baik, saya berminat untuk mengetahui apa yang mendirikan ini- maklumatnya. Dalam Gestalt kami sentiasa berminat untuk menjauhi daripada maklumat umum, kepada pengkhususan, kerana ini adalah cara untuk mendapatkan maklumat yang khusus.
Dia berasa sukar untuk menjawab. Saya bertanyakan mengenai perasaannya, dan sekali lagi, dia berasa sukar untuk mengatakan yang spesifik.
Jadi saya memutuskan bahawa kekurangan status yang terang adalah berkaitan dengan kesukarannya dalam penalaan perasaannya.
Jadi saya mencadangkan eksperimen - untuk pergi ke persekitarannya dan melihat orang dalam kumpulan itu, satu demi persatu, dan menyedari bagaimana perasaanya semasa melihat mereka.
Dia mula memberitahu saya mengenai pengalamannya , dengan tema yang agak jelas. Jadi ia adalah jelas yang dia mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti pengalamannya dalam perhubunganannya, tetapi kemungkinan hanya memererlukan galakan dan sokongan di persekitarannya- sesuatu yang disahkannya.
Jadi seterusnya saya memberikannya ayat yang tertentu untuk bercakap: "Apabila saya melihat anda, saya rasa _____."
Ini kedengaran seoerti amat mudah, tetapi penting untuk memulakan di tempat yang boleh dilakukan , dan memahami kesukarannya untuk mengenalpasti perasaannya, ini seolah-olah tempat yang baik untuk bermula. Apa yang saya lakukan ialah mengambil langkah dari padanya dalam menggambarkan pengalamannya dengan orang lain, untuk memberi itu kepada mereka secara langsung. Kami sentiasa bergerak ke dalam arah yang berkaitan dalam Gestalt .
Jadi dia melakukan ini dengan beberapa orang, setiap kali , menjelaskan dengan jelas .
Sekali lagi, ini menunjukkan bahawa dia hanya memerlukan persekitaran yang menyokongnya untuk melakukan ini.
Jadi seterusnya , saya meletakkan bantal keluar, sebagai isterinya, dan menjemputnya untuk bercakap dengan isterinya, dalam ayat yang sama: ' apabila saya melihat _____ dalam anda , saya rasa _____ '
Dia melakukan ini untuk beberapa waktu , menjelaskan dengan terang. Saya mengakui ini , menggalakkan beliau , dan memerhatikan bahawa dia pasti mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti perasaannya dan berkomunikasi mereka.
Saya berfikir kemungkinan dia hanya memerlukan beberapa amalan yang baik, dalam suasana yang tidak mengancam. Dia bersetuju .
Seterusnya saya mengundangnya untuk melakukan perkara yang sama dengan bapanya.
Saya mengatakan bahawa sokongan adalah satu-satunya isu utama di sini, dan menjemputnya untuk sekali lagi ' bercakap dengan bantal ' - pertama dengan isterinya, kemudian dengan bapanya - memberitahu mereka , ' apabila anda melakukan____ , saya rasa ____ , dan ingin ___ sokongan daripada anda ' .
Ini adalah sangat berharga untuknya, menjelaskan banyak kandungan maklumat, dan dia melaporkan berasa amat selesai pada akhirnya.
Ini adalah satu contoh yang baik mengenai eksperimen berorientasikan tingkah laku yang menerapkan perasaan, perhubunganan , kesahihan, dan sokongan. Ini adalah elemen-elemen utama yang kami bekerja dengan Gestalt, dan sesi seperti itu boleh menjadi sangat berharga sebagai sesuatu yang hampir kelihatan seperti satu proses pengajaran.
Di mana ia adalah sesuai, aspek ini juga boleh dimuatkan ke dalam pendekatan Gestalt. Perkara utama adalah bukan formula , dan digunakan untuk orang yang tertentu , dengan jenis proses yang diperlukan oleh mereka, pada masa yang tertentu.

Isnin, 8 Disember 2014

Case #49 - Patung yang kaku, dan tangan yang lembut

Annabelle berasa tertekan, dan pilu. Beliau membawa anak patung kecilnya dengannya, dengan tangan kaku kayu yang kecil.
' Ini adalah saya' , katanya. ' Tangan saya kaku, seperti Zombie. Hati saya pula pilu. '
Dia mendedahkan bahawa ibu bapanya bergaduh dengan teruk sepanjang pembesarannya, dan ini menimbulkan perasaan ketakutan dan kekerasan di dalam dirinya. Sebegai seorang dewasa, dia hidup dalam kesukaran, dan mengining mencari sedikit kelembutan. Tetapi anak patung itu menunjukkan betapa kakunya dia rasa.
Saya mendengar dengan teliti, dan berasakan hati saya kian terbuka - dia sememangnya dalam kesedihan.
Pada masa yang sama , saya mempunyai pemikiran yang lucu, yang seolah-olah hampir tidak berkaitan- dimana zombi-zombi berjalan di keliling , dalam imej  yang bodoh-kelakar seseorang boleh membayangkan mengenai zombi .
Jadi saya berkongsi dengannya  hubungan dalam saya dan kerisauan kepadanya, begitu juga pemikiran gila dan lucu ini mengenai zombi. Saya tidak mahu kelihatan seperti tidak menghormati , tetapi di samping itu saya juga mahu memasukkan unsur-unsur yang lain mengenai saya.
Dia terbuka sambil mendengar ini. Saya mencadangkan kemungkinan kami juga boleh melakonkan adegan dengan ini.
Maka, kami berdiri dan , sebelah menyebelah , berjalan-jalan sebagai zombi - berjalan ke arah orang ramai dalam kumpulan. Kebanyakan orang ketawa bersama-sama , menikmati kegilaan-kelucuan ini. Manakala ada beberapa orang yang sememangnya kelihatan dalam ketakutan, jadi kami mengelilingi mereka. Hanya menganggaplannya sebagai satu pengalaman yang bodoh- lucu.
Annabelle duduk semula, dan saya dudu berhadapannya, sambil memerhatikan keadannya.
Eksperimen ini telah melembutkannya, membantunya untuk menjadi lebih terbuka. Dia duduk dengan anak patung kecilnya , memegang tangan  kecil patung itu, sambil berkata mengenai bagaimana kakunya ia .. tetapi dengan meraba-raba ia, kemungkinan ianya akan menjadi lembut.
Jadi saya menganggap ini sebagai petunjuk , dan mengambil kedua-dua tangannya sambil tangan saya dan meraba lembut tangganya. Dia berpaut pada tangan saya, seperti kanak-kanak kecil yang mencari keselesaan . Saya merenungnya untuk mengukur bagaimana  pengalaman ini untuknya, dan saya dapat melihat tangannya  mula berasa lembut. Saya terus menggosok tangannya, dan memberitahunya apa yang saya rasa. Saya dapat merasakan keamatan tenaga di tangannya. Jadi, semasa dia melaporkan tanggannya semakin kurang kekakuannya, lalu saya meletakkan tangan saya di riba saya , dan membenarkannya untuk menggosok tangannya pada tangan saya, dia melakukannya, secara perlahan-lahan . Saya menyedari betapa banyak tenaga di dalam tangannya. Dia sedang mendalami hatinya, perasaannya, dan kekal dengan saya sepanjang proses ini.
Dia bercakap tentang bagaimana dia membayangkan kedua-dua tangan saya adalah ibu bapanya, yang berasingan, tetapi kedua-duanya masih ada. Dia menyentuh kedua-dua tangan saya dengan penuh kasih sayang, dan perasaan pilu . Kemudian dia mengangkat anak patung kecil itu, dan meletakkan mukanya pada jari-jari saya. Kemudian dia mengambil kedua-dua tangan anak patung itu, dan menghubungkan dengan salah satu tangan saya, dan lengan yang satu lagi dengan tangan saya yang lain.
Dia berkata , walaupun ibu bapanya berasingan , saya boleh menyambungkan kedua-dua mereka .
Masa ini adalah amat mendalam, kesedihan dia merubahkan kualiti dirinya dari terperangkap dan runtuh , kepada hati yang terbuka, dan mengalir. Tangannya relaks, dan setiap bahagian badannya bernafas, pada masa kino, dan bergabung.
Ini merupakan satu pengalaman yang mendalam untuk dia, dan juga bagi saya, dan selepas itu dia berasa perasaan yang mendalam dengan keamanan dan integrasi.

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

I publish this blog twice a week. It is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)