lifeworksgestaltl1

Rabu, 24 Disember 2014

Case #51 - Berhadapan dengan hantu

Leanne bercakap tentang perasaan ketakutan. Dia takut pada lipas, dengan mudah boleh terkejut, dan pada waktu malam kadang-kadang sukar untuk tidur, takut pencuri datang masuk dari tingkap, atau hantu, atau 'raksasa'. Beliau juga menakuti raksasa apabila dia berada di dalam bot.
Selain daripada perkara lain, ini kedengaran seperti agak keanak-kanakan, jadi saya bertanya padanya apa yang berlaku kepadanya yang membuatkannya ketakutan sebagai seorang kanak-kanak.
Dia segera mengaitkan kejadian yang berlaku ketika dia berumur 6 tahun. Seorang budak lelaki, seorang daripada rakan rapatnya, meninggal dunia lemas dalam air. Hanya selepas beberapa jam dia ditemui. Budak lelaki itu telah dibawa balik ke rumahnya, dan keluarga budak lelaki itu menegaskan  bapa Leanne, seorang doktor, cuba untuk memulihkan dia. Dia tidak berjaya.
Pada malam itu hujan dan guruh gemuruh, dan dia tidur dalam perasaan ketakutan. Kemudian dia mengalami mimpi ngeri, di mana dia dipaksa untuk menyelamatkan  budak lelaki itu, tetapi dia tidak dapat. Dia berfikirkan mengenai budak lelaki sepanjang dia membesar, dan masih lagi penuh dengan kesedihan mengenai perkara itu.
Jadi, ini menjelaskan 'hantu' siapakah yang ditakutinya.
Saya mencadangkan yang untuk menghadapinya sebagai satu eksperimen yang perlu- menggunakan drama pada masa kini, keamatan ketakutannya, dan peluang terkini untuk menangani semua ketakutan ini secara langsung.
Jadi saya mencadangkan bahawa saya berdiri di sebelahnya, menghadapi tingkap yang terbuka, dan kumpulan yang berdiri di belakangnya sebagai sokongan. Kemudiannya dia akan menjemput hantu rakan mudanya yang meninggal dunia, untuk datang ke dalam bilik itu di hadapannya.
Dia berbuat demikian, tetapi dia mengigil seolah-olah dedaun. Saya membiarkan dia bersandar pada saya, memegang dia rapat, dengan kumpulannya berdekatan di belakangnya. Saya mengarahkannya bercakap dengan 'hantu' itu, memberitahunya apa yang dia rasa, apa yang dia telah lalui, dan bagaimana dia amat merinduinya.
Dia berbuat demikian, walaupun ia amatlah sukar untukknya. Dia melaporkan ingin bersamanya, di alam yang lain.
Saya bertanyakan kepadanya bagaimana 'hantu' itu menjawab, dan dia berkata dia tidak mahu sebegitu. Ini adalah penting untuknya menerima; walaupun demikian Leanne masih ada sisa kerinduan dalam dirinya mengenai kematian rakannya itu dan keinginan untuk rapat dengannya.
Jadi saya menyokong Leanne untuk berdialog lagi dengannya, memberitahu kebenaran bagaimana dia berasa, dan mendengar jawapannya.
Saya terpaksa menyokongnya melalui ketakutan dan kesedihannya. Saya mengarahkannya untuk bernafas dengan perutnya, hingga ke kakinya.
Dalam Gestalt kami bekerja dengan asas dan juga pernafasan, untuk membantu orang kekal pada masa sekarang dengan pengalaman mereka besertakan dengan intensiti emosi mereka. Selalunya mereka tidak menerima sokongan seperti itu, terutamanya ketika muda, jadi ini membolehkan mereka untuk berhubung dengan pengalaman yang lalu yang amat mengacau diri mereka, dengan kata lain pada masa kini boleh diproseskan.
Ia adalah amat sukar untuk dia tinggal dalam masa kini- dia telah menghabiskan 30 tahunnya hidup dalam ketakutan, dan bernafas hanya di permukaan.. yang akan kemudiannya telah mengukuhkan ketakutannya. Jadi adalah amat sukar untuk dia bernafas begitu mendalam, dan dia memerlukan banyak sokongan dan arahan daripada saya.
Selepas beberapa ketika, dia menjadi sangat tenang, mampu untuk melepaskan hantu itu pergi, dan sepenuhnya kembali kepada dirinya sendiri, Dia berasa lebih di dalam tubuhnya dari apa yang dia ingati, dan semua kesan ketakutan telah hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)