lifeworksgestaltl1

Selasa, 20 Januari 2015

Case #54 - Membawa syaitan dan Tuhan bersama

Angelica adalah seorang doktor, walaupun dia menukar profesionnya baru-baru ini. Dia mempunyai seorang anak, dan menginginkan seorang lagi anak, tetapi juga amat takut untuk mempunyai satu lagi anak. Beliau berkata , semasa kami berhubung, yang beliau bimbang bagaimana dia dilihat di mata saya. Saya memberitahunya apa yang sebenarnya saya perhatikan , dalam membuat beberapa kaitan asas.. termasuk gelang yang cantik dia memakai, pemberian suaminya.
Dia pernah menjadi pakar sakit puan, dan sebahagian daripada tugasnya, dia telah melakukan pengguguran. Pada masa itu, dia tidak berasa apa-apa apabila berbuat demikian, ia hanya kerja. Tetapi, dia sebenarnya dia tidak berasa gembira apabila dia menyambut bayi-bayi itu- itu juga adalah sebahagian daripada kerjanya.
Beberapa tahun kemudian, beliau memulakan terapi, dan berjaya berhubung dengan perasaannya. Ini termasuklah kesakitan yang dialaminya apabila melaksanakan pengguguran-pengguguran itu. Ini tiada kaitan dengan ideologi atau kepercayaan- ia adalah berkaitan dengan impak emosi yang berdekad-dekad dalam menggugurkan bayi-bayi itu.
Baru-baru ini dia mengalami keguguran, dan telah melihat ini sebagai sejenis hukuman. Beliau melaporkan berasa sakit kepala, tetapi keseluruhan badannya kebas. Ia adalah sangat sengit untuk dia bercakap mengenai ini, dia menangis. Saya mencadangkan untuk berhenti seketika. Apabila terdapat terlalu banyak perasaan bagi seseorang untuk mengintegrasikan, mereka seolah-olah terputus dari kenyataan. Jadi hanya membajak ke dalam terapi bukanlah sentiasa perkara yang baik . Pemberhentian itu membenarkan kami untuk melangkah ke belakang, dan saya membuat perkaitan dengan memberitahu beliau tentang bagaimana saya melihatnya di mata saya- saya berasa amat berbelas kasihan dengannya, dan tiada pertimbangan negatif. Beliau berasa tenang sedikit.
Saya bertanyakan kepadanya apa yang dia rasakan dalam peranakkannya. Beliau berkata- kegelapan.  Sekali lagi, intensiti itu adalah amat berat untuknya. Beliau menarik dirinya ke dalam. Saya memintanya untuk bertentang mata dengan saya- jika tidak dia akan tetap menutup sistemnya. Saya memberitahunya bahawa gelang itu membuatkan saya berfikir bahawa terdapat warna lain di dalannya- gelang itu mempunyai beberapa manik hitam, tetapi juga beberapa kristal, dan juga bentuk merah jambu yang cantik. Saya berkata merah jambu bersamaan dengan warna peranakkannya - sebagai doktor dia tahu ini adalah benar. Dengan cara ini saya membumikannya kepada sesuatu yang lebih kukuh daripada unjuran 'gelapnya', dan membawa dia ke arah perasaan kehidupan, dan darah.
Sambil kami bercakap, dia mengetap buku penumbuknya. Saya mengatakan ini- kami memberi kesedaran kepada perkara utama ekspresi tenaga, membantu membawa mereka sepenuhnya ke permukaan.
Katanya, dia berasa marah. Ini berlaku beberapa kali sepanjang perbualan kami. Ini adalah sesuatu dalam Gestalt yang kami panggil 'kemunculan bentuk' , sesuatu yang selari dengan isu terkini. Ia boleh ditumpukan, atau diperbesar-besarkan .
Katanya, dia berasa seperti di tempat yang gelap, dan mahu keluar.
Jadi kemarahan itu merupakan satu petunjuk daripada tenaga yang dinamik yang diperlukan untuk membuat beberapa perubahan. Tetapi hanya mencadangkan sesuatu seperti menumbuk bantal tidak semestinya apa yang diperlukan oleh seorang pelanggan.
Saya bertanyakan padanya siapakah yang dia marahkan- diri sendiri, katanya.
Saya bertanya kepadanya apa yang dia akan berkata kepada dirinya sendiri . Katanya, dia berasa seperti syaitan, dan dia meneruskan untuk memberitahu dirinya bahawa betapa jahatnya dia, dan bagaimana dia tidak berhak untuk mempunyai lebih ramai anak.
Sekali lagi, saya menjemputnya untuk berjeda- ini adalah perasaan yang amat menyakitkan .
Apabila ditanya, jika dia mempunyai sebarang kepercayaan agama. Beliau berkata , tidak.
Saya mengatakan bahawa jika dia percaya syaitan. di suatu tempat mesti ada tuhan. Saya sedang mencari sejenis penebusan di tempat yang jahil ini. Saya menunjukkan sifat-sifat polariti- sebahagian daripada orientasi Gestalt adalah ke arah kesucian.
Beliau bersetuju . Jadi saya memintanya untuk memilih dua objek, yang mewakili syaitan dan tuhan.
Beliau memegang syaitan itu, tetapi kemudiannya meletakkan di sebelah simbol tuhan. Beliau berkata dewa sedang tidur, dan dia mahu untuk membangunkannya. Dia menghantukkanya di atas lantai, tetapi ia tetap terjatuh. Beliau mahu ia berdiri dengan sendirinya. Jadi saya datang sebagai 'kuasa tuhan' dan meletakkannya tegak.
Saya mengundangnya untuk menerima bentuk tuhan itu. Tiba-tiba dia berasa letih. Jadi saya mencadangkan dia untuk tidur seketika. Sambil dia menyandarkan dirinya pada saya , saya mencadangkan apabila dia terjaga , dia akan dapat merasai tenaga kehidupan di dalam peranakkannya.
Dia berehat selama beberapa minit , kemudian membuka matanya . Dia memang dapat menerima berkat kehidupan dari simbol tuhan. Dia merasa kehangatan di dalam tubuhnya , dan berasa baik di dalam peranakkannya. Dia kemudiannya meletakkan ' syaitan' di belakang 'tuhan' ... simbol yang sempurna untuk integrasi. Beliau mengakui bahawa dengan tenaga syaitan itu terdapat sejenis kekuatan tertentu yang dia boleh gunakan.
Dalam Gestalt kita senantiasa ingin merangkumi perkara-perkara abstrak, dan dalam kes ini , ia adalah polariti . Dia memerlukan sokongan yang benar, dan kemudian dia boleh mencapai matlamatnya - integrasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)