lifeworksgestaltl1

Rabu, 10 Jun 2015

Case #71 - Tiga permintaan

Navin menyebut bahawa dia menjayakan kelas kreatif dengan isterinya sebagai hobi. Saya berminat untuk mengetahui bagaimanakah isterinya- tabah dan kuat katanya. Saya bercakap mengenai pengalaman saya dengan isteri saya- juga kuat dan tabah.
Kami membincangkan bagaimana nilai-nilai ini kepada kami- menetapkan asas perkaitan. Dia berkongsi mengenai anaknya yang merupakan seorang anak remaja, dan hubungannya dengannya, adalah kukuh. Cara saya menerokai topik-topik ini adalah dengan berkongsi pengalaman saya sendiri. Dengan setiap soalan saya menanyakannya, saya juga memberikannya jawapan mengenai diri saya.
Navin bercakap mengenai kecenderungannya dalam menjadi agak pasif dalam rumahtangganya , dia sentiasa mengikut apa yang isterinya mahu. Sebagai contohnya, pergi ke restoran yang isterinya mahu. Walau bagaimanapun, ada satu masa, dia yang memilih tempat yang berbeza, kerana dia bosan dengan tempat yang sama. Dia terkejut apabila isterinya setuju dengan pemilihannya.
Jadi ini menunjukkan pada saya yang hubungan mereka adalah berdasarkan satu pelarasan yang mudah ditafsir mengikut sifatnya yang biasa. Saya juga berkongsi pendapat saya mengenai gaya saya sendiri di bahagian ini.
Saya mencadangkan satu eksperimen kepadanya. Dia diberi tiga permintaan, dan hasrat ketiganya mestilah dia meminta 3 lagi permintaan. Lalu saya bertanyakan padanya untuk membayangkan suatu hari itu, dari permulaan untuk menamakan apa yang akan dimintanya , secara langsung, dari isterinya.
Kami melalui langkah-langkah itu hari demi sehari.. ia adalah sukar baginya untuk mengenal pasti perkara-perkara yang dia mahu ... jadi saya memberikannya pelbagai cadangan untuk membantunya berfikir. Perlahan-lahan dia mengenal pasti beberapa perkara yang diingininya, hinggalah ke penghujung hari.
Ini adalah percubaan yang mudah tetapi amat penting. Dalam Gestalt kami sentiasa berminat untuk meningkatkan kesahihan seseorang, dan menggunakannya untuk menyokong kualiti perhubungan.
Dalam eksperimen ini, Navin mempunyai peluang mencuba menjadi lebih tegas, dan bercakap lebih banyak sebagai dirinya sendiri dan menyatakan keiinginan hatinya. Ramai orang hidup dengan selesa dalam hubungan dengan menurut sahaja, tetapi kami lebih berminat untuk membawa perhubungan itu ke tahap yang lebih mendalam. Ini dimulakan melalui proses 'kemunculan diri', dengan apa yang kita rasa, mahu, dan siapakah diri kita. Ini membolehkan kita untuk menjadi lebih dikenali dan dilihat sebagai diri kita sendiri, dan meningkatkan keintiman dalam suatu perhubungan .
Dari segi jantina, wanita kelihatan seperti suka 'bertanggungjawab ', atau memastikan hasrat mereka dikabuli, didengari atau dan dijawab, tetapi ada keseimbangan- kerana mereka juga suka seorang lelaki menjadi pemimpin dalam cara yang baik. Dalam eksperimen ini kami mewujudkan satu cara yang selamat untuk Navin mencuba mengisytiharkan keinginannya terang-terangan.
Eksperimen seperti ini sentiasa melibatkan beberapa risiko, walaupun ia hanyanya eksperimen yang dalam pemikiran. Mereka mewakili satu cara baru, dalam mendedahkan dan menyuarakan aspek diri yang cenderung sebagai latar belakang. Secara umumnya emosi dikaitkan dalam proses ini - sama ada kebencian dipendam atau kegembiraan, dan mungkin juga kedua-duanya. Perkara yang penting dalam mana-mana eksperimen adalah bukan hanya mengikut sahaja isi kandungan eksperimen itu, tetapi juga kerap menyedari nada emosi diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)