lifeworksgestaltl1

Ahad, 17 Mei 2015

Case #68 - Kebenaran yang menyakitkan

Saya kembali ke LA. Visa isteri saya telah diluluskan , tetapi masih ada sebulansebelum dia boleh datang sini .
Mandy dan Brian datang untuk kaunseling pasangan. Mereka berada dalam krisis. Selepas 15 tahun berkahwin dan dua orang anak, Brian mempunyai hubungan sulit( keempat kali dalam perkahwinan itu), dan Mandy , pada usia 40 tahun , terdesak untuk menyelamatkan perkahwinan itu. Dia membuat keputusan bahawa walaubagaimanapun mereka tidak akan berpisah. Brian datang dengan hati yang berat ke sesi itu.
Pertama sekali, saya bekerja dengan Mandy, sebab Brian teragak-agak dan tidak bersifat terbuka. Saya menerokai sejarah, dan konteks peribadinya. Kemudian saya bertanya mengenai perkahwinan itu. Dia berkata mereka telah 6 tahun tidak bersama-sama secara intim, dan dia telah belajar untuk menyesuaikan diri. Dia menunggu Brian untuk menerajui dalam menjayakan perhubungan mereka, tetapi dia sendiri tidak pernah melakukannya. Dia  berkongsi dengan rakan-rakannya, dan mereka memberitahunya dia tidak boleh mengharapkan banyak darinya, dan untuk meneruskan hidupnya dengan perkara-perkara yang lain, anak-anak dan lain-lain.
Saya bertanyakan pada Mandy berapa peratuskah kualiti dalam perkahwinan mereka itu dalam pelbagai arena - keintiman, seks , anak-anak , kewangan, dan sokongan. Dia mengenakan di antara 5 % hingga 50 % pada kedudukan yang paling tinggi , dengan peratus keintiman di bawah sekali.
Mandy mengatakan bahawa dia memerlukan sekurang-kurangnya 30% untuk berpuas hati, dan dia bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menjayakan ini.
Kemudian saya bertanya kepada Brian berapa peratuskah yang diberinya. Ia berada dalam lingkungan peratusan yang hampir sama; sesetengah adalah lebih rendah dan yang lain lebih tinggi. Dia berkata sekurang-kurangnya ia perlu meningkat sehingga 75% untuk dia berpuas hati.
Walaubagaimanapun, masalah ini telah berlangsung sejak 10 tahun lalu. Mereka tidak bercakap banyak mengenai isu-isu peribadi, dan kedua-dua mereka memilih untuk mengelakkan topik yang sukar.
Mandy telah berjaya mengawal dirinya dengan bertafakur. Brian pula dengan menbatukan dirinya dan menenggelamkan dirinya dengan kerja. Sekarang mereka dalam krisis. Dia tidak sanggup untuk memutuskan hubungan sulitnya, dan Mandy pula tidak sanggup untuk meneruskan perhubungan mereka dalam keadaan itu. Mereka berasa tergantung, dan tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menyelesaikan masalah itu.
Apabila ditanyakan mengenai perhubungan mereka, Brian berkata perhubungan mereka telah sampai ke penghujung. Dia tidak mempunyai niat untuk menjayakan perkahwinan itu, dalam menyelamatkannya. Dia telah berganjak dari perkahwinan itu, dan ingin keluar darinya.
Kenyataan ini tidak boleh diterima oleh Mandy . Dia bertekad untuk mencari jalan penyelesaian. Cintanya akan mencairkan benteng pertahanan Brian .
Walaubagaimanapun, jika Brian tidak menghentikan perhubungan sulitnya, maka Mandy hanya akan terkapar-kapar pada akhirnya, dan enggan memberikannya kebebasan untuk bercerai. Saya menerangkan bahawa ini kelihatan lebih seperti pertempuran, daripada usaha untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya.
Ia adalah sukar untuk Mandy melihat kenyataan ini. Dia begitu cemas, dan bertekad, dimana dia tidak dapat menerima kebenaran sebenarnya mengenai di mana perhubungan itu berada.
Saya bertanyakan pada Brian jika dia benar-benar telah selesai, dan jikalau ada apa-apa yang boleh menukarkan fikirannya. Dia berkata ya, itu adalah benar.
Jadi saya juga bertanya padanya untuk memberitahu Mandy kenyataan yang 'sebenar' itu .
Mandy mendapati ia hampir mustahil untuk mendengarinya. Dia mahu berhujah, meyakinkannya, menafikannya, dan juga mengancamnya. Saya memberikannya sokongan yang banyak, mengakui dan menerima perasaannya . Apabila dia mula menerima kenyataan itu, dia berkata dia lebih rela mati, ia adalah terlalu sukar untuknya menerima kenyataan itu.
Sekali lagi, saya memberikannya pengakuan dan penerimaan untuk sebagaimana dahsyat dia berasa, sebagaimana takutnya dia. Saya bertanyakan padanya jika dia mahu mendengari pengalaman saya sendiri dalam perceraian, dan kemudian berkongsi dengannya bagaimana saya mengharunginya.
Ini ada membantunya sedikit, tetapi dia masih sangat tertekan.
Brian keluar dari kekebasannya dan dengan cara lembut, memberitahu Mandy yang dia mengambil berat tentangnya, dan sedih dengan kesakitan yang dirasainya , tetapi kesayangannya tidak lagi begitu intim, tetapi hanya sebagai kawan. Sekali lagi, kenyataan sebenar ini adalah amat sukar untuk didengarinya , dan saya memberikannya banyak sokongan emosi supaya dia kekal pada masa itu.
Mandy mahu kembali ke kepura-puraan, dengan mengelak, tetapi ia sudah terlalu terlambat.
Saya sentiasa menyokong seseorang untuk menjayakan sesuatu. Tetapi komitmen utama saya adalah untuk membantu seseorang itu bercakap mengenai kebenaran mereka, mendengari diri masing-masing, dan memberikan sokongan supaya mereka boleh kekal dalam dalam proses itu. Ini adalah amat sukar apabila ia adalah mengenai pengakhiran suatu perhubungan.
Dalam kes ini, tiada apa yang boleh diperolehi oleh Mandy jika dia terus-menerus 'cuba' untuk berhadapan dengan keengganan Brian . Dengan cara ini dia mencuba, ia kelihatan seperti percubaan untuk mengawal keadaan, dan ini menjadi ketara apabila dia yang menghadapi pilihannya sendiri. Dia menunjukkan bahawa dia mahu perkahwinan itu tetap utuh, tanpa mengira apa yang Brian mahu.
Jadi saya memintanya untuk membuat satu kenyataan yang sebenar kepada Brian- Saya tidak peduli apa yang anda mahu, saya hanya mahu apa yang penting kepada saya.
Dia menghargai penjelasan ini, dan ia adalah sukar untuknya mengatakan itu, tetapi ini mewakili apa yang sedang berlaku. Ia membuat transaksi itu lebih jelas, dan menjadi bukti kepada Mandy bahawa dia bukanlah mengusahakan untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya, tetapi sebenarnya dia menegaskan keperluannya tanpa mengambil kira tentang perasaan Brian.
Ini adalah apa yang saya panggil ' ketidakmuliaan ' - pemilikan bahagian gelap diri kita sendiri. Kita dikenal pasti sebagai seorang penyayang, atau sebagai pemangsa, tetapi adalah sukar untuk mengakui diri kita sendiri sebagai sebenarnya tidak mengambil berat mengenai seseorang itu. Ia memerlukan keberanian yang utuh, dan sokongan yang banyak, untuk  mengakui ini, tetapi kebenaran seperti ini sentiasa menyegarkan, dan membantu satu perubahan untuk berlaku.
Sesi ini berurusan dengan kebenaran yang amat sukar, tetapi tanpa kebenaran seperti ini, maka lebih banyak kepahitan, kemarahan dan juga pertahanan diri. 'Cerita' setiap orang memberitahu mengenai perhubungan mereka hanya akan menjadi lebih kukuh .
Hakikatnya dengan memberitahu kebenaran sebenarnya bukanlah untuk memukul kepala orang lain. Ia mengenai seseorang menerima kebenaran mengenai keperibadiannya sendiri. Pihak  yang terlibat memerlukan sokongan untuk mendengari kebenaran ini. Gestalt memberi fokus kepada pemberitahuan kebenaran mengenai perhubungan, dan kami memahami bahawa ada kuasa transformatif dengan berbuat demikian.
Kami menghampiri dinamik perhubungan seperti ini dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti suatu perhubungan , bukan hanya untuk mencapai hasil-hasil tertentu, atau menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat keputusan antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)