lifeworksgestaltl1

Jumaat, 17 April 2015

Case #64 - Pemilihan and tepat atau gila

Zac mempunyai masalah perhubungan. Teman wanitanya Marta adalah 'berkebolehan'. Dia kreatif, mempunyai personaliti yang berwarna-warni, dan berkongsi banyak nilai-nilai Zac mengenai masyarakat dan politik. Dia menerima Zac seada-adanya dia, sesuatu yang dia tidak pernah mengalami dalam perhubungan sebelumnya selama ini. Dia seronok bersamanya, tetapi terdapat perkara-perkara tertentu yang dia tidak setuju dengannya.
Marta mengambil ganja, dia tidak. Dia meminati pornografi yang ganas, tetapi Zac tidak. Dia mahu mempunyai berbilang pasangan seks, dia tidak. Marta suka keliarannya, tetapi ia membuatkan Zac menderita. Dia dapat melihat bahawa Marta adalah kurang stabil, tetapi dia merasakan yang dia boleh membantunya. Dia tidak mahu lagi mempunyai satu perhubungan yang gagal, jadi dia telah melekat dengannya selama 2 tahun. Tetapi dia sering reaktif, kekadang akan menjerit padanya, dan agak kurang stabil.
Ia seolah-olah bahawa satu perhubungan yang amat sukar, namun, dia tetap tidak melepaskannya. Dia mempunyai idea yang cintanya boleh mengubah Marta, dimana  keadaannya akan menjadi lebih baik.
Saya mengatakan padanya: bagaimana jika perkara ini tidak akan menjadi lebih baik? Bagaimana jika dia tidak berubah? Bagaimana jika dia tidak mahu berubah? Bagaimana jika dia tidak pernah bersetuju dengan monogami?
Ini adalah soalan-soalan sukar baginya untuk mempertimbangkan. Saya bertanyakan kepadanya secara langsung, kerana dia lebih berhubung dengan fantasinya daripada realiti. Dan dia mengelakkan untu menhadapi dengan 'apakah itu', dan perasaannya tentang itu. Dia membawa dirinya dengan bermimpi tentang masa depan.
Gestalt memberi tumpuan kepada masa kini, dan terutamanya pengalaman kita pada masa sekarang. Orang-orang sering memerlukan sokongan untuk kembalik ke masa kini, dan Zac mempunyai cara-cara tertentu untuk mengelak pada masa kini.
Dengan mengikuti proses ini, ia menjadi sangat jelas kepadanya bahawa dia tidak mahu hidup dalam suasana ini, dia tidak mahu berjuang dalam perhubungan yang sia-sia, dan jika Marta tidak mahu berubah, maka perhubungan itu tidak akan menguntungkannya, dan dia perlu melepaskannya.
Saya berhati-hati untuk tidak mempengaruhinya. Pandangan kewujudan adalah apa sahaja yang anda memilih untuk melakukan dengan hidup anda adalah pilihan anda, dan anda hanya perlu bersedia untuk hidup dengan akibatnya, akibat yang boleh diramalkan atau tidak. Tugas saya di tempat ini adalah untuk menghadapkan seseorang dengan pilihan mereka sendiri, dengan akibat pilihan mereka, dan membantu mereka melangkah keluar daripada pagar itu dan memasuki ke dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah mereka tahu yang ia adalah mereka yang membuat keputusan itu, bukan orang lain, atau disebabkan keadaan.
Dalam kes ini, jika dia memilih untuk kekal dalam hubungan itu, maka dia perlulah jelas dengan bersama dengan seada-adanya dia, dan bukannya daripada agenda yang dibayangkannya. Ia adalah sukar untuknya melepaskan agendanya, tetapi apabila dia dapat melakukannya, maka dia boleh melihat bahawa tiada apa yang cukup untuknya.
Walau bagaimanapun, saya boleh mengatakan bahawa, sebagaimana rasionalnya situasi ini, ia tidaklah semudah itu.
Jadi saya menjemputnya untuk memainkan perbualan untuk kedua-dua pihak - seseorang yang bersedia untuk melepaskan Marta , dan seseorang yang mahu memegang hubungan itu.
Ia menjadi jelas bahawa bahagian yang memegang itu adalah dirinya sebagai seorang kanak-kanak, sangat beremosi. Bahagian yang ingin melepaskan perhubungan itu adalah dirinya yang rasional, yang boleh digoyah. Hanya kerana dia telah membuat pilihan yang 'wajar' dan rasional, ini tidak bermakna masalah itu telah selesai. Dirinya sebagai kanak-kanak, bahagian yang berperasaan, perlulah diambil kira dalam membuat keputusan itu. Ini telah mengambil beberapa perbualan yang mendalam antara kedua-dua pihak dirinya- bukan hanya kata-kata, tetapi perasaan yang terlibat di kedua-dua pihak.
Perlahan-lahan, satu persetujuan telah tercapai, seakan-akan satu perjanjian. Kata penutup telah tercapai, yang melibatkan dirinya sebagai seorang kanak-kanak. Tetapi saya tidak menganggap ini adalah pengakhiran cerita itu, walaupun sesi perbualan mereka telah berakhir. Ia adalah sesuatu yang saya perlu kembali dalam sesi-sesi berikutnya.
Fritz Perls memanggilnya 'topdog' dan 'underdog', dan sebagaimana cekap, jelas dan berfikiran lurus yang kita rasa, hakikatnya terdapat satu lagi bahagian kita yang mengurangkan ke arah topdog itu. Dalam kes ini, rasional dan wajar adalah tidak mencukupi. Oleh itu, kita perlu berhati-hati supaya tidak menyebelahi lebih kepada topdog itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)