Isnin, 10 November 2014
Case #46 - Ulat-ulat
Felicity bercakap megenai mimpi buruknya. Kami tidak mengenakan tafsiran pra-set mengenai mimpi dalam Gestalt, tetapi mimpi buruk selalunya mengenai pencerobohan; kami melihat semua aspek mimpi adalah mengenai pemimpi, jadi mimpi buruk adalah berkaitan dengan pencerobohan diri seseorang.
Mimpi Felicity, akan berulang dalam bentuk yang berbeza, contohnya seperti berikut:
Dia berada dalam ruangan bawah tanah, dan sedang menanam ulat-ulat.Beratus-ratus ribu ulat-ulat.
Kemudian, di tempat kejadian seterusnya , dia muntah ulat-ulat - seluruh badannya penuh ia. Dia berjaya memuntahkannya semua, kecuali satu .
Kini, hanya dengan melihat mimpi itu, anda boleh menafsirkan sepanjang hari dengan tafsiran. Di peringkat yang paling asas, ruangan bawah tanah adalah apa yang terletak di bawah, dan ulat-ulat jelas merujukkan kepada sesuatu yang cukup busuk pada seseorang.
TETAPI, kami tidak mendalami sejauh ini dalam Gestalt .
Kami hanya kekal dengan apa yang ada, pengalaman seseorang dan maksudnya yang tersendiri kerana ini membentukkan pengalaman seseorang .
Jadi, saya menjemput Felicity untuk bercakap mengenai setiap peranan . Sebagai ulat-ulat , dia bercakap tentang menjadi kegemukkan, kemalasan, dan kelemahan.
Satu-satunya ulat yang tertinggal di dalamnya menyuarakan bahawa ia juga mahu keluar.
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah melakonkan situasi ini. Jadi saya menyertainya, sementara kami berlakon sebagai ulat-ulat , berjalan di persekitaran.
Saya bercakap mengenai hakikatnya semua kita mempunyai beberapa ulat-ulat di dalam diri kita- perkara yang kita tidak mahu mendedahkan kepada orang lain.
Saya bercakap beberapa perkara mengenai saya - keburukkan saya dalam keadaan tertentu, dan memberikannya beberapa contoh.
Dalam mendedahkan rahsia, ini adalah penting untuk ahli terapi dalam memimpin jalan.
Pada mulanya dia enggan untuk mengenal pasti apa-apa seperti itu dalam dirinya. Saya memerhatikan ekspresi wajahnya - seakan-akan gadis yang tidak berdosa-mencebik. Saya menegurnya dengan apa yang saya lihat, dan melakonkan kembali kepadanya.
Saya memberi komen- itu bukan rupa seseorang yang mempunyai ulat-ulat di dalam mereka!
Ini menghadapkannya dengan persona yang ditunjukkannya, dan membawannya untuk bersedia untuk menjadi lebih sahih.
Dia menamakan beberapa aspek dirinya yang seakan-akan ulat-ulat, dan saya mengakui kenyataan ini adalah sukar untuknya menerima. Kemudian dia menunjukkan ekspresi yang sama. Kali ini saya menegaskan kejanggalan serta-merta, seolah-olah dia sedang mencuba untuk memberi diskaun pada apa yang dia baru sahaja berkongsi.
Ini menimbulkan kesedaran secara langsungnya mengenai proses penolakkan dirinya. Kesedaran Gestalt adalah sentiasa secara langsung - yang membawa kepada pengetahuan siapakah saya, sekarang.
Kemudian, saya menjemput kumpulan itu untuk berkongsi mengenai 'ulat-ulat sendiri'. Ini secara langsungnya mengurangkan pendedahan malu dalam diri Felicity, dan mewujudkan ikatan yang rapat dalam kumpulan itu, berkongsi mengenai rahsia kami tersendiri dengan lebih mendalam, dan berseronok di dalam proses itu.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan