lifeworksgestaltl1

Selasa, 26 Mei 2015

Case #69 - Kreativiti yang menetas

Pertama sekali, Brittany mengatakan bahawa baru-baru ini, dia kesakitan perut dan mempunyai masalah penghadaman. Saya mahu mengenalinya mengenai sedikit terlebih dahulu sebelum mendalami masalah ini , kerana dia ada mengatakan yang dia berasa malu mengenai itu.
Dia menjayakan satu sekolah, dan mempunyai beberapa masalah dengan satu pelajar. Saya boleh memahaminya sepenuhnya, melalui pengalaman saya sendiri. Ini telah mengaitkan satu hubungan di antara kami. Saya merasakan satu perasaan yang berat duduk dengannya, dan berkongsi mengenai itu. Dia mengatakan tentang perasaan kurang terdorongnya, terutama tentang kerjanya - dia tidak mahu pergi bekerja sehingga lewat hari itu, dan kelihatan beberapa tanda-tanda kepenatan di dalamnya.
Saya menanyakan mengenai kehidupannya di rumah. Semuanya baik. Kedua-dua anak dan suaminya menghargai dan menyayanginya. Dia mengatakan mengenai menyembunyikan barang-barang dirumahnya, jadi ia memaksa mereka untuk mencari seperti dalam satu permainan. Dia juga mahu meletakkan roda di semua perabot di rumahnya supaya dia boleh menggerakkan semua perabotnya di sekitar supaya apabila mereka balik, segala-galanya akan berada di tempat yang baru setiap kali. Saya mengatakan bahawa ini menunjukkan bahagian kekreatifannya yang suka bermain dengan mereka.
Brittany bercakap mengenai menghabiskan beberapa hari dengan ibubapa mertuanya; disebabkan mereka sudah tua,  mereka hanya makan , tidur , dan bermain kad. Selepas seketika dia berasa bosan , dan mahu mengubah peraturan permainan daun terup kepada kepelbagaian; Saya mengatakan ini adalah kreativitinya dan sifat bermain-mainnya sedang bekerja. Tetapi mereka menentangnya, jadi dia berasa amat bosan - pada masa itulah dia mula terasa kesakitan perutnya.
Kami duduk dalam diam untuk seketika. Dia bercakap mengenai dirinya yang lebih muda, dan tidak bercakap banyak, tetapi dia pernah menulis cerita. Saya memberitahunya  untuk membayangkan dirinya sedang menulis  satu cerita ... apakah tajuk cerita itu? Dia berkata 'Telur' . Saya bertanyakan padanya mengenai beberapa perenggan pertama. Dia berkata mengenai penetasan muncul daripada telur itu.
Saya menanyakan padanya apa yang baru muncul dalam hidupnya. Dia mengatakan keinginannya untuk mengubah keadaan di sekolahnya. Dan bagaimana dia telah membantu satu rakannya untuk menulis satu laporan yang mendapatkannya satu pekerjaan- dia turut berasa gembira .
Jadi saya mencadangkan bahawa ia seolah-olah kreativitinys dan sifat bermain-mainnya kemungkinan sesuatu yang baru muncul dalam dirinya- dia bersetuju .
Saya bertanyakan padanya bagaimana dia boleh membawa semua ini ke dalam kerjayanya. Dia terpinga-pinga. Jadi saya menjemputnya untuk bermain dalam satu permainan, di mana saya akan membuat beberapa cadangan kreatif dengan mengubah beberapa perkara di tempat kerja, dan kemudian dia akan mencadangkan beberapa lagi. Aktiviti ini berterusan untuk seketika. Kemudian dia berkata dia pernah mencuba melakukan itu, tetapi kedua-dua guru-guru dan pelajar-pelajarnya adalah amat kritikal mengenai itu kerana dia telah menyimpang jauh dari senarai perkara-perkara yang sepatutnya dibuat.
Disinilah jelas kelihatan yang dia memerlukan sokongan, dan saya menunjukkan padanya- yang dia memerlukan seorang 'teman sekepala' . Tetapi dia mengatakan mustahil. Saya mengatakan bahawa akibat perasaan tertekannya tidak dapat menunjukkan kreativitinya, itulah sebab dia sakit perut di rumah ibubapa mertuanya.
Jadi saya menjemputnya membayangkan dirinya menulis satu laporan kepada sekolahnya - jenis cadangan profesional apakah yang akan dibuatnya?
Saya menyuruhnya untuk menghasilkan satu latihan kreatif bagi kumpulan itu setiap hari. Dia teragak-agak, tetapi akan mempertimbangkannya.
Pada satu ketika dia menyedari stoking berwarna-warni saya, dan membandingkannya dengan sarung kakinya yang berwarna-warni. Jadi saya mencadangkan kepada kumpulan itu, satu permainan bernama 'Footsies' . Ini adalah sangat menyeronokan , dan menunjukkan padanya bagaimana kreativiti boleh diaplikasikan dalam situasi pembelajaran. Saya juga mencipta keutamaan kepadanya, dengan menggunakan kedudukan saya sendiri untuk menggabungkan keseronokan, dan intervensi di-luar-kotak.
Dalam kes ini, perkara yang utama adalah perasaan keberatan dan kekecewaan. Seterusnya adalah kreativiti. Pendekatan Gestalt adalah mencari jalan untuk membawa lebih banyak unsur-unsur kehidupan dalam  hidup seseorang; ini dilakukan secara fenomenologi - dari dalam ke luar- dari realiti mereka , dan menggunakan petunjuk dan jalan cerita yang mereka berikan. Kami juga memberi tumpuan pada sokongan seseorang- dalam kes ini , Brittany tidak mendapat sokongan yang diperlukanya untuk membawa sebahagian dirinya yang kreatif ke tempat kerjanya. Dengan menggunakan kecenderungan di usia mudanya- menulis - saya telah melibatkan mimpinya , dan kemudian memberi sokongan untuk kemunculan dirinya yang baru. Dalam Gestalt, kami bekerja dengan sesuatu yang jelas- penetasan merupakan satu perumpaan yang jelas dan tidak memerlukan tafsiran tertentu- apa yang lebih penting  adalah penggunaan isu-isu tertentu yang dibangkitkan. Sokongan terakhir saya adalah pendekatan memberi-kebenaran - dimana saya menunjukkan dengan berkongsi sesuatu yang dia perasan- stoking - dan menggunakan kedudukan saya sebagai contoh bagaimana membawa kreativiti ke dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

Who is this blog for?

These case examples are for therapists, students and those working in the helping professions. The purpose is to show how the Gestalt approach works in practice, linking theory with clinical challenges.

Because this is aimed at a professional audience, the blog is available by subscription. Please enter your email address to receive free blog updates every time a new entry is added.

Gestalt therapy sessions

For personal therapy with me: www.qualityonlinetherapy.com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

© Lifeworks 2012

Contact: admin@learngestalt.com

언어:

HOME

Informed Consent & Rates

PROFESSIONAL TRAINING

Gestalt Therapy Defined

PROFESSIONAL SERVICES

PAYMENTS

OTHER STUFF

Links

Book:Advice for Men about Women

BLOGS

• English

Bahasa

Čeština

Deutsch

Español

Français

Greek ελληνικά

Hindi हिंदी

Magyar

Melayu

Italiano

Korean한국의

Polski

Português

Română

Russian Русский

Serbian српски

Chinese 中文

Japanese 日本語

Arabic العربية

English Bahasa Čeština Deutsch Español Filipino Français ελληνικά हिंदी Magyar Melayu Italiano 한국의 Polski Português Română Русский српски 中文 日本語 العربية

If you are interested in following my travels/adventures in the course of my teaching work around the world, feel free to follow my Facebook Page!

Can you translate into Malay? I am looking for volunteers who would like to continue to make this translation available. Please contact me if you would like to contribute.

Interested in Gestalt Therapy training?

Contact us!

vinaysmile

This Gestalt therapy blog is translated into multiple languages. You are welcome to subscribe

logosm1

Links

Career Decision Coaching

Here

and here

Lifeworks

Gestalt training and much more

http://www.depth.net.au

For Men

Here is a dedicated site for my book Understanding the Woman in Your Life

http://www.manlovesawoman.com

The Unvirtues

A site dedicated to this novel approach to the dynamics of self interest in relationship

http://www.unvirtues.com

Learn Gestalt

A site with Gestalt training professional development videos, available for CE points

http://www.learngestalt.com

We help people live more authentically

Want more? See the Archives column here

Gestalt therapy demonstration sessions

Touching pain and anger: https://youtu.be/3r-lsBhfzqY (40m)

Permission to feel: https://youtu.be/2rSNpLBAqj0 (54m)

Marriage after 50: https://youtu.be/JRb1mhmtIVQ (1h 17m)

Serafina - Angel wings: https://youtu.be/iY_FeviFRGQ (45m)

Barb Wire Tattoo: https://youtu.be/WlA9Xfgv6NM (37m)

A natural empath; vibrating with joy: https://youtu.be/tZCHRUrjJ7Y (39m)

Dealing with a metal spider: https://youtu.be/3Z9905IhYBA (51m)

Interactive group: https://youtu.be/G0DVb81X2tY (1h 57m)