|
Pertama sekali, Brittany mengatakan bahawa baru-baru ini, dia kesakitan perut dan mempunyai masalah penghadaman. Saya mahu mengenalinya mengenai sedikit terlebih dahulu sebelum mendalami masalah ini , kerana dia ada mengatakan yang dia berasa malu mengenai itu. Dia menjayakan satu sekolah, dan mempunyai beberapa masalah dengan satu pelajar. Saya boleh memahaminya sepenuhnya, melalui pengalaman saya sendiri. Ini telah mengaitkan satu hubungan di antara kami. Saya merasakan satu perasaan yang berat duduk dengannya, dan berkongsi mengenai itu. Dia mengatakan tentang perasaan kurang terdorongnya, terutama tentang kerjanya - dia tidak mahu pergi bekerja sehingga lewat hari itu, dan kelihatan beberapa tanda-tanda kepenatan di dalamnya. Saya menanyakan mengenai kehidupannya di rumah. Semuanya baik. Kedua-dua anak dan suaminya menghargai dan menyayanginya. Dia mengatakan mengenai menyembunyikan barang-barang dirumahnya, jadi ia memaksa mereka untuk mencari seperti dalam satu permainan. Dia juga mahu meletakkan roda di semua perabot di rumahnya supaya dia boleh menggerakkan semua perabotnya di sekitar supaya apabila mereka balik, segala-galanya akan berada di tempat yang baru setiap kali. Saya mengatakan bahawa ini menunjukkan bahagian kekreatifannya yang suka bermain dengan mereka. Brittany bercakap mengenai menghabiskan beberapa hari dengan ibubapa mertuanya; disebabkan mereka sudah tua, mereka hanya makan , tidur , dan bermain kad. Selepas seketika dia berasa bosan , dan mahu mengubah peraturan permainan daun terup kepada kepelbagaian; Saya mengatakan ini adalah kreativitinya dan sifat bermain-mainnya sedang bekerja. Tetapi mereka menentangnya, jadi dia berasa amat bosan - pada masa itulah dia mula terasa kesakitan perutnya. Kami duduk dalam diam untuk seketika. Dia bercakap mengenai dirinya yang lebih muda, dan tidak bercakap banyak, tetapi dia pernah menulis cerita. Saya memberitahunya untuk membayangkan dirinya sedang menulis satu cerita ... apakah tajuk cerita itu? Dia berkata 'Telur' . Saya bertanyakan padanya mengenai beberapa perenggan pertama. Dia berkata mengenai penetasan muncul daripada telur itu. Saya menanyakan padanya apa yang baru muncul dalam hidupnya. Dia mengatakan keinginannya untuk mengubah keadaan di sekolahnya. Dan bagaimana dia telah membantu satu rakannya untuk menulis satu laporan yang mendapatkannya satu pekerjaan- dia turut berasa gembira . Jadi saya mencadangkan bahawa ia seolah-olah kreativitinys dan sifat bermain-mainnya kemungkinan sesuatu yang baru muncul dalam dirinya- dia bersetuju . Saya bertanyakan padanya bagaimana dia boleh membawa semua ini ke dalam kerjayanya. Dia terpinga-pinga. Jadi saya menjemputnya untuk bermain dalam satu permainan, di mana saya akan membuat beberapa cadangan kreatif dengan mengubah beberapa perkara di tempat kerja, dan kemudian dia akan mencadangkan beberapa lagi. Aktiviti ini berterusan untuk seketika. Kemudian dia berkata dia pernah mencuba melakukan itu, tetapi kedua-dua guru-guru dan pelajar-pelajarnya adalah amat kritikal mengenai itu kerana dia telah menyimpang jauh dari senarai perkara-perkara yang sepatutnya dibuat. Disinilah jelas kelihatan yang dia memerlukan sokongan, dan saya menunjukkan padanya- yang dia memerlukan seorang 'teman sekepala' . Tetapi dia mengatakan mustahil. Saya mengatakan bahawa akibat perasaan tertekannya tidak dapat menunjukkan kreativitinya, itulah sebab dia sakit perut di rumah ibubapa mertuanya. Jadi saya menjemputnya membayangkan dirinya menulis satu laporan kepada sekolahnya - jenis cadangan profesional apakah yang akan dibuatnya? Saya menyuruhnya untuk menghasilkan satu latihan kreatif bagi kumpulan itu setiap hari. Dia teragak-agak, tetapi akan mempertimbangkannya. Pada satu ketika dia menyedari stoking berwarna-warni saya, dan membandingkannya dengan sarung kakinya yang berwarna-warni. Jadi saya mencadangkan kepada kumpulan itu, satu permainan bernama 'Footsies' . Ini adalah sangat menyeronokan , dan menunjukkan padanya bagaimana kreativiti boleh diaplikasikan dalam situasi pembelajaran. Saya juga mencipta keutamaan kepadanya, dengan menggunakan kedudukan saya sendiri untuk menggabungkan keseronokan, dan intervensi di-luar-kotak. Dalam kes ini, perkara yang utama adalah perasaan keberatan dan kekecewaan. Seterusnya adalah kreativiti. Pendekatan Gestalt adalah mencari jalan untuk membawa lebih banyak unsur-unsur kehidupan dalam hidup seseorang; ini dilakukan secara fenomenologi - dari dalam ke luar- dari realiti mereka , dan menggunakan petunjuk dan jalan cerita yang mereka berikan. Kami juga memberi tumpuan pada sokongan seseorang- dalam kes ini , Brittany tidak mendapat sokongan yang diperlukanya untuk membawa sebahagian dirinya yang kreatif ke tempat kerjanya. Dengan menggunakan kecenderungan di usia mudanya- menulis - saya telah melibatkan mimpinya , dan kemudian memberi sokongan untuk kemunculan dirinya yang baru. Dalam Gestalt, kami bekerja dengan sesuatu yang jelas- penetasan merupakan satu perumpaan yang jelas dan tidak memerlukan tafsiran tertentu- apa yang lebih penting adalah penggunaan isu-isu tertentu yang dibangkitkan. Sokongan terakhir saya adalah pendekatan memberi-kebenaran - dimana saya menunjukkan dengan berkongsi sesuatu yang dia perasan- stoking - dan menggunakan kedudukan saya sebagai contoh bagaimana membawa kreativiti ke dalam kelas.
Saya kembali ke LA. Visa isteri saya telah diluluskan , tetapi masih ada sebulansebelum dia boleh datang sini . Mandy dan Brian datang untuk kaunseling pasangan. Mereka berada dalam krisis. Selepas 15 tahun berkahwin dan dua orang anak, Brian mempunyai hubungan sulit( keempat kali dalam perkahwinan itu), dan Mandy , pada usia 40 tahun , terdesak untuk menyelamatkan perkahwinan itu. Dia membuat keputusan bahawa walaubagaimanapun mereka tidak akan berpisah. Brian datang dengan hati yang berat ke sesi itu. Pertama sekali, saya bekerja dengan Mandy, sebab Brian teragak-agak dan tidak bersifat terbuka. Saya menerokai sejarah, dan konteks peribadinya. Kemudian saya bertanya mengenai perkahwinan itu. Dia berkata mereka telah 6 tahun tidak bersama-sama secara intim, dan dia telah belajar untuk menyesuaikan diri. Dia menunggu Brian untuk menerajui dalam menjayakan perhubungan mereka, tetapi dia sendiri tidak pernah melakukannya. Dia berkongsi dengan rakan-rakannya, dan mereka memberitahunya dia tidak boleh mengharapkan banyak darinya, dan untuk meneruskan hidupnya dengan perkara-perkara yang lain, anak-anak dan lain-lain. Saya bertanyakan pada Mandy berapa peratuskah kualiti dalam perkahwinan mereka itu dalam pelbagai arena - keintiman, seks , anak-anak , kewangan, dan sokongan. Dia mengenakan di antara 5 % hingga 50 % pada kedudukan yang paling tinggi , dengan peratus keintiman di bawah sekali. Mandy mengatakan bahawa dia memerlukan sekurang-kurangnya 30% untuk berpuas hati, dan dia bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menjayakan ini. Kemudian saya bertanya kepada Brian berapa peratuskah yang diberinya. Ia berada dalam lingkungan peratusan yang hampir sama; sesetengah adalah lebih rendah dan yang lain lebih tinggi. Dia berkata sekurang-kurangnya ia perlu meningkat sehingga 75% untuk dia berpuas hati. Walaubagaimanapun, masalah ini telah berlangsung sejak 10 tahun lalu. Mereka tidak bercakap banyak mengenai isu-isu peribadi, dan kedua-dua mereka memilih untuk mengelakkan topik yang sukar. Mandy telah berjaya mengawal dirinya dengan bertafakur. Brian pula dengan menbatukan dirinya dan menenggelamkan dirinya dengan kerja. Sekarang mereka dalam krisis. Dia tidak sanggup untuk memutuskan hubungan sulitnya, dan Mandy pula tidak sanggup untuk meneruskan perhubungan mereka dalam keadaan itu. Mereka berasa tergantung, dan tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menyelesaikan masalah itu. Apabila ditanyakan mengenai perhubungan mereka, Brian berkata perhubungan mereka telah sampai ke penghujung. Dia tidak mempunyai niat untuk menjayakan perkahwinan itu, dalam menyelamatkannya. Dia telah berganjak dari perkahwinan itu, dan ingin keluar darinya. Kenyataan ini tidak boleh diterima oleh Mandy . Dia bertekad untuk mencari jalan penyelesaian. Cintanya akan mencairkan benteng pertahanan Brian . Walaubagaimanapun, jika Brian tidak menghentikan perhubungan sulitnya, maka Mandy hanya akan terkapar-kapar pada akhirnya, dan enggan memberikannya kebebasan untuk bercerai. Saya menerangkan bahawa ini kelihatan lebih seperti pertempuran, daripada usaha untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya. Ia adalah sukar untuk Mandy melihat kenyataan ini. Dia begitu cemas, dan bertekad, dimana dia tidak dapat menerima kebenaran sebenarnya mengenai di mana perhubungan itu berada. Saya bertanyakan pada Brian jika dia benar-benar telah selesai, dan jikalau ada apa-apa yang boleh menukarkan fikirannya. Dia berkata ya, itu adalah benar. Jadi saya juga bertanya padanya untuk memberitahu Mandy kenyataan yang 'sebenar' itu . Mandy mendapati ia hampir mustahil untuk mendengarinya. Dia mahu berhujah, meyakinkannya, menafikannya, dan juga mengancamnya. Saya memberikannya sokongan yang banyak, mengakui dan menerima perasaannya . Apabila dia mula menerima kenyataan itu, dia berkata dia lebih rela mati, ia adalah terlalu sukar untuknya menerima kenyataan itu. Sekali lagi, saya memberikannya pengakuan dan penerimaan untuk sebagaimana dahsyat dia berasa, sebagaimana takutnya dia. Saya bertanyakan padanya jika dia mahu mendengari pengalaman saya sendiri dalam perceraian, dan kemudian berkongsi dengannya bagaimana saya mengharunginya. Ini ada membantunya sedikit, tetapi dia masih sangat tertekan. Brian keluar dari kekebasannya dan dengan cara lembut, memberitahu Mandy yang dia mengambil berat tentangnya, dan sedih dengan kesakitan yang dirasainya , tetapi kesayangannya tidak lagi begitu intim, tetapi hanya sebagai kawan. Sekali lagi, kenyataan sebenar ini adalah amat sukar untuk didengarinya , dan saya memberikannya banyak sokongan emosi supaya dia kekal pada masa itu. Mandy mahu kembali ke kepura-puraan, dengan mengelak, tetapi ia sudah terlalu terlambat. Saya sentiasa menyokong seseorang untuk menjayakan sesuatu. Tetapi komitmen utama saya adalah untuk membantu seseorang itu bercakap mengenai kebenaran mereka, mendengari diri masing-masing, dan memberikan sokongan supaya mereka boleh kekal dalam dalam proses itu. Ini adalah amat sukar apabila ia adalah mengenai pengakhiran suatu perhubungan. Dalam kes ini, tiada apa yang boleh diperolehi oleh Mandy jika dia terus-menerus 'cuba' untuk berhadapan dengan keengganan Brian . Dengan cara ini dia mencuba, ia kelihatan seperti percubaan untuk mengawal keadaan, dan ini menjadi ketara apabila dia yang menghadapi pilihannya sendiri. Dia menunjukkan bahawa dia mahu perkahwinan itu tetap utuh, tanpa mengira apa yang Brian mahu. Jadi saya memintanya untuk membuat satu kenyataan yang sebenar kepada Brian- Saya tidak peduli apa yang anda mahu, saya hanya mahu apa yang penting kepada saya. Dia menghargai penjelasan ini, dan ia adalah sukar untuknya mengatakan itu, tetapi ini mewakili apa yang sedang berlaku. Ia membuat transaksi itu lebih jelas, dan menjadi bukti kepada Mandy bahawa dia bukanlah mengusahakan untuk mencairkan benteng pertahanan Brian dengan kasih sayangnya, tetapi sebenarnya dia menegaskan keperluannya tanpa mengambil kira tentang perasaan Brian. Ini adalah apa yang saya panggil ' ketidakmuliaan ' - pemilikan bahagian gelap diri kita sendiri. Kita dikenal pasti sebagai seorang penyayang, atau sebagai pemangsa, tetapi adalah sukar untuk mengakui diri kita sendiri sebagai sebenarnya tidak mengambil berat mengenai seseorang itu. Ia memerlukan keberanian yang utuh, dan sokongan yang banyak, untuk mengakui ini, tetapi kebenaran seperti ini sentiasa menyegarkan, dan membantu satu perubahan untuk berlaku. Sesi ini berurusan dengan kebenaran yang amat sukar, tetapi tanpa kebenaran seperti ini, maka lebih banyak kepahitan, kemarahan dan juga pertahanan diri. 'Cerita' setiap orang memberitahu mengenai perhubungan mereka hanya akan menjadi lebih kukuh . Hakikatnya dengan memberitahu kebenaran sebenarnya bukanlah untuk memukul kepala orang lain. Ia mengenai seseorang menerima kebenaran mengenai keperibadiannya sendiri. Pihak yang terlibat memerlukan sokongan untuk mendengari kebenaran ini. Gestalt memberi fokus kepada pemberitahuan kebenaran mengenai perhubungan, dan kami memahami bahawa ada kuasa transformatif dengan berbuat demikian. Kami menghampiri dinamik perhubungan seperti ini dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti suatu perhubungan , bukan hanya untuk mencapai hasil-hasil tertentu, atau menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat keputusan antara satu sama lain.
Hong dan Yuen telah bertunang. Hong berumur 35 tahun dan Yuen berumur 43 tahun. Mereka datang kepada saya kerana satu pertikaian yang sukar untuk mereka selesaikan. Mengikut tradisi, Hong mahu ibunya untuk tinggal bersama-sama mereka selepas mereka berkahwin, dan Yuen menentangnya keras. Selepas menerokai serba sedikit mengenai latar belakang mereka, saya bertanyakan setiap seorang mereka perkara utama yang membimbangkan mereka apabila berkahwin. Mereka berdua bersetuju ini merupakan titik permulaan. Walau bagaimanapun, mereka belum lagi membincangkan kepelbagaian isu-isu mengenai masa depan secara terperinci. Jadi pertamanya saya melangkah balik dan membawa mereka ke perspektif yang lebih luas. Meletakkan satu penanda di hujung yang melambangkan perhubungan perkahwinan tradisional Cina, dan simbol yang satu lagi di hujung yang lain sebagai perhubungan yang moden. Kemudian, saya menanyakan setiap satu daripada mereka dimanakah mereka berada dalam spektrum-spektrum itu. Hong ialah 30% daripada perkahwinanan tradisional, dan Yuen 30% untuk moden. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa ini adalah isu asas yang dipertaruhkan, dan masih ada lagi isu-isu spesifik di mana seperti perbezaan muncul dalam konflik. Saya menanyakan ringkasan penyataan kedudukan mereka. Untuk Hong adalah berbaik-baik dengan dengan keluarga terdekatnya. Dia mahukan Yuen menjadi 'lemah-lembut. Untuk Yuen adalah hidup berasingan dan bebas, sebagai satu pasangan, dan mempunyai fikiran mereka sendiri mengenai apa sahaja perkara. Jadi, pertama sekali saya menyuruh mereka untuk membuatkan satu ayat kepada masing-masing: 'Saya boleh melihat anda adalah berbeza dari saya, dan itu adalah sukar. Proses ini menghadapkan mereka dengan kebenaran perbezaan. Hong cuba menambah 'dan saya berharap anda akan berubah', tetapi saya menghentikannya - ini adalah masalah utama suatu pasangan, mereka mengharap bahawa temannya akan (dalam masa) berubah. Jadi. saya membuat mereka untuk mengatakan ayat yang lain: 'Saya dapat melihat perbezaan di antara kita; berkemungkinan saya tidak bersetuju dengan pandangan anda, tetapi saya menghormati kedudukan anda. Ini adalah sukar bagi setiap seorang mereka, dan Yuen seakan-akan menolak, kerana dia berfikir dengan mengatakan ini, ia bermakna penyerahan kepada kedudukan Hong. Saya menjelaskan bahawa penghormatan itu tidak bermakna untuk bersetuju sahaja, dan dia akhirnya mengatakan ayat itu. Terdapat banyak emosi terlibat dia antara mereka apabila mengatakan ayat-ayat ini- mereka terpaksa berhenti untuk cuba meyakinkan satu sama lain, dan hanya melihat mereka. Perbuatan seperti selalunya mengancam setiap pasangan. Ia juga boleh difahami bahawa Yuen merasakan tertekan terutamanya dengan ini- bukan sahaja dia betul-betul melekat dengan idea mempunyai rumah untuk diri mereka sendiri, tetapi juga takut dirinya ditekan oleh tanggungjawab tradisi yang di sebelah Hong, dan faktanya dia masih seorang wanita , dalam dunia yang masih-patriotik. Jadi saya memberitahu Hong mengenai satu penyelidikan yang dihasilkan oleh John Gottman tentang suatu pasangan - bahawa perkahwinan akan lebih berjaya apabila lelaki itu bersedia untuk dipengaruhi oleh isterinya. Ini adalah berkemungkinan dalam struktur erti kata lain, lelaki cenderung untuk mempunyai lebih kuasa dalam kebanyakkan bahagian hidup mereka. Saya kemudiannya membantu mereka berunding mengenai isu-isu tertentu. Saya menjelaskan bahawa beberapa isu sememangnya mempunya pilihan sama ada diantara/atau. Tetapi beberapa isu juga mempunyai penyelesaian yang kreatif. Yuen mahukan sekurang-kurangnya satu petang hanya bersama diri mereka sahaja. Hong mencadangkan bahawa ibunya boleh datang pada siang hari, kerana beliau telah menggunakan satu bilik di tingkat bawah sebagai pejabatnya. Yuen bersetuju. Saya menanyakan cadangan Yuen. Dia mahukan hujung minggu hanya dengan diri mereka sendiri sahaja, dengan konsesi dimana ibu bapa Hong boleh datang kadang-kadang untuk makan malam bersama. Hong tidak mahu hanya sejenis penyusunan tegar. Saya menegaskan bahawa rundingan harus mempunyai sempadan yang jelas. Jadi mereka membincangkan beberapa butiran, dan mendapat persetujuan. Kemudian muka Hong menurunkan mukanya. Perbincangan ini telah berjalan lancar, dan mereka telah dapat menyelesaikan masalah mereka sebelum ini. Mereka telah akhirnya mencapai persetujuan dalam isu ini. Tetapi Hong berkata 'bagaimanakah saya menerangkan mengenai perkara ini kepada ibu saya?' Dia benar-benar kelihatan kusam: satu perkembangan yang berbezakan di hadapannya, dan dia sedang menolak dengan keras. Yuen berasa tertekan sendiri dan mula menangis. Dia berasa takut yang Hong akan berpaling dari persetujuan itu, dan hanya menegaskan model tradisional 'harus'. Dia mula cuba untuk berhujah dengannya. Saya menghentikannya, dan memintanya untuk melihat riak muka Hong. Dia merasakan amat sukar untuk berbuat demikian, dia sedang marah dan takut. Apabila kedua-dua orang sedang berasa tertekan, adalah sukar untuk setiap seorang mereka untuk membendung diri mereka sendiri dan berada di sana untuk satu sama lain. Saya memilih untuk meminta Yuen untuk melakukan ini. Hong sedang berjuang secara mendalam di dalam dirinya antara tanggungjawabnya, dan keinginannya untuk mengutamakan perhubungan mereka. Yuen yang memulakan sesi terapi itu, dan yang mempunyai lebih pengetahuan mengenai psikologi. Jadi saya memberi tumpuan kepadanya, dan memberi sokongan beliau. Saya bertanya kepada beliau untuk benar-benar datang ke masa kini, melihat dia dalam perjuangan beliau. Beliau mendapati ini sangat sukar untuk dilakukan, tetapi saya terus memberi tumpuan beliau. Saya telah membentangkan cinta kepada beliau sebagai pilihan pada ketika itu. Saya berkata - anda boleh melihat perjuangan tulen, dan anda hanya boleh suka dia di tempat ini, walaupun berbeza? Beliau mengetepikan rasa takut dia, dan beralih. Beliau berkata 'Saya tidak akan melupakan niat saya untuk mengasihi anda, walaupun terdapat perbezaan. Ini adalah detik yang mendalam di antara mereka, dan saya juga mempunyai air mata di mata saya. Mereka telah berjaya melalui konflik, dan sebenarnya mendalam cinta mereka, dan keupayaan mereka untuk kasih sayang, dengan cara yang sangat penting. Dia berasa amat dilihat, dan berkata kepadanya - anda lembut dan lembut kepada saya sekarang. Mereka telah kedua-dua mengambil risiko, dan tiba bersama-sama di tempat yang baru. Saya mengatakan bahawa akan terdapat banyak lagi isu-isu yang timbul, tetapi sekarang mereka tahu mereka bagaimana untuk mendapatkan melalui mereka. Dalam Gestalt kita berminat dalam perbezaan, sebagai titik potensi hubungan yang baik. Ini memerlukan sokongan diri di sempadan kenalan, dan kepentingan dalam yang lain. Kebanyakan orang mendapati ini sukar, dan biasanya mereka memerlukan sokongan untuk dapat melakukan ini. Sokongan itu perlu kedua-duanya praktikal - bagaimana untuk - dan juga emosi. Yang sangat yang dihadapi untuk menghadapi perbezaan, dan sering orang berasa marah, atau goyah. Apabila Yuen dapat hadir dengan dirinya sendiri, dan kemudian dengan Hong pada saat kelemahan beliau, situasi yang mustahil dapat berubah.
|
|
|